Total Pageviews

Monday, 29 January 2018

P Ramlee meninggalkan pengajaran buat kita


 

P. Ramlee – “Karya seni ku bukan untuk wang; nukilan seni ku untuk masyarakat.”

Penghujung hayatnya penuh dengan pengorbanan, kesedihan dan derita. Perjuangan tulus ikhlas, penuh nasihat dan mengandung tersirat pengajaran berharga. Rumah mewah bukan matlamat utama. Hasil karya adalah buat tatapan, rujukan anak bangsa. Namun kasihan, kerana tidak mendapat simpati dari sesiapa.

Kini kehilangannya tiada berganti. Pemergiannya dirindui.

Seribu kali sayang kerna tiada siapa yang mengambil tahu atau membelanya waktu hayat masih dikandung badan. 

 

 


Kematian P Ramlee penuh tragis. P Ramlee mati pada umur yang sangat muda. Kematian P Ramlee bukan pada waktunya kerana P Ramlee mati angkara beliau dibenci orang. P Ramlee dibunuh oleh peminatnya sendiri yang telah mula pandai mencelanya. 

P Ramlee kecewa dengan syarikat yang telah mula pandai berpaling daripada P Ramlee kononnya mengikut arus rentak dunia yang berkehendakkan irama moden manakala dendangan P Ramlee adalah irama ketinggalan zaman.

Syarikat sanggup melupa sepi jasa jasa yang telah ditaburkan oleh Allahyarham umpama kacang lupakan kulit. P Ramlee mati disebabkan oleh kawan kawan beliau sendiri yang banyak berhasad dengki mencemburui kejayaan dan pencapaian hebat Allahyarham.

P Ramlee juga kecewa dengan wartawan yang tidak henti henti mengata serta mencela beliau.

P Ramlee mati pada subuh hari di pangkuan Saloma. Akibat kerisauan yang melampau untuk menjamin seseorang di mahkamah P Ramlee mengalami tekanan perasaan yang  amat sangat lalu menyebabkan diri beliau tidak dapat menangani tekanan yang hebat menyebabkan beliau mendapat serangan jantung pada pagi itu...

Adalah sangat menyedihkan seorang seniman hebat negara dibiarkan di dalam keadaan merempat, melarat, miskin, nak makan pun susah di negara sendiri. 

Jelas sekali, nasib P Ramlee tidak dibela sama sekali semasa hidupnya. Tiada gunanya menganugerahkan P Ramlee dengan pelbagai anugerah dan pangkat kerana ketika hidupnyalah sepatutnya seniman serba boleh itu mendapat segala pengiktirafan dan anugerah itu. Sepatutnya P Ramlee disanjung dihargai dan diberi jawatan penting ketika beliau masih hidup.

.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.