Total Pageviews

Friday 1 March 2019

Kesan lima produk kosmetik beracun


Kementerian Kesihatan kesan lima produk kosmetik beracun


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan lima produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah Dynars Honey Cream, Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus dan Luffya Night Cream 1 yang mempunyai hydroquinone dan tretinoin sementara Dynars Yellow Gold Collagen dan Luffya Night Cream 2 dikesan mempunyai merkuri.

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

"Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk terbabit serta-merta.

"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan," katanya.

Pengguna dan orang ramai boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik di laman web rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://npra.moh.gov.my/.

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.