Total Pageviews

Friday 1 March 2019

Air sungai Cameron Highlands tercemar

Air sungai di Cameron Highlands tercemar

 


Sampel air mengandungi racun yang diharamkan



R. RAMAKRISHNAN menunjukkan beberapa racun makhluk perosak yang diharamkan penggunaannya di negara ini masih dijual di kedai-kedai di Cameron Highlands, Pahang.


CAMERON HIGHLANDS 6 Mac - Beberapa racun makhluk pe­rosak yang diharamkan penggunaannya di negara ini didapati terkandung dalam air sungai dan air paip yang digunakan penduduk di Cameron Highlands.
Kajian berdasarkan enam sampel di lima kawasan kajian di Sungai Terla, Sungai Bertam dan air paip di Brinchang itu dijalankan oleh sekumpulan empat penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Ogos hingga Disember lalu.

Antara racun makhluk perosak yang ditemui dalam kajian bersama Rangkaian Tindakan Racun Makhluk Perosak Rantau Asia dan Pasifik (Panap) dan Dana Alam Sekitar Global Jepun (JFGE) itu termasuk endosulfan, endrine ketone, aldrin dan DDE.


Pengarah Eksekutif Panap, Sarojeni Rengam berkata, walaupun kajian itu tidak melibatkan sisa bahan racun makhluk perosak dalam makanan, namun menjadi keutamaan kepada masyarakat untuk mengetahui tahap pencemaran yang terdapat dalam makanan mereka akibat sisa racun tersebut.

Beliau berkata, seharusnya di negara seperti Malaysia, penggunaan bahan-bahan itu diharamkan dan tidak wujud lagi.

Kata beliau, sebarang penggunaannya kemungkinan melibatkan bahaya yang tinggi kepada pengguna, tempat kerja dan tempat tinggal.

“Kami menggesa pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah perlu dalam menyebarkan maklumat ini kepada pengguna agar mereka dapat membuat pilihan terbaik.

“Selain itu, para penyelidik dan pihak bertanggungjawab juga perlu menjalankan lebih banyak kajian untuk memastikan tahap pencemaran bahan racun makhluk perosak di Cameron Highlands,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Seminar Dalam Meningkatkan Ke­sedaran Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan Manusia dan Alam Sekitar di Cameron Highlands, di sini hari ini.

Menurut beliau, bahan-bahan makhluk perosak yang dikenali sebagai pencemar organik berterusan itu dilihat kekal dalam alam sekitar, terkumpul dalam tisu manusia dan haiwan, menyerap masuk dalam rantai makanan dan berpotensi memberi kesan signifikan terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.

Katanya, bahan-bahan tersebut berakumulasi dalam lemak orga­nisme dan stabil dalam jangka masa panjang.

“Bahan-bahan itu yang juga dikenali sebagai bahan pencemar kompleks mampu meniru fungsi semula jadi hormon manusia yang mungkin akan menyebabkan permasalahan pada sistem endoktrin manusia dan haiwan.

“Gangguan tersebut mampu menyebabkan kecacatan, masalah perkembangan, kanser, masalah kemandulan, obesiti, diabetes dan masalah dengan metabolisme.

“Sememangnya situasi ini amat membimbangkan kerana Cameron Highlands merupakan pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan utama negara,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), R. Ramakrishnan berkata, tinjauannya di beberapa kedai mendapati masih ada dalam kalangan pekedai menjual racun perosak yang telah diharamkan itu.

Katanya, racun-racun tersebut diimport dan dijual secara sembunyi-sembunyi di sini.





...





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.