Total Pageviews

Friday 1 March 2019

Bermuda pula larang Boeing 737 MAX



Bermuda pula larang Boeing 737 MAX

Rabu, 13 March 2019



HAMILTON: Bermuda melarang pesawat Boeing 737 MAX 8 dan 737 MAX 9 daripada ruang udaranya sehingga diberitahu kelak, susulan nahas di Habsyah, kata pihak berkuasa penerbangan luar negara British, semalam.
Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah dan banyak negara lain termasuk Britain, China, Australia, Jerman, Perancis, Malaysia dan Singapura turut menggantung pesawat terbabit.
“Pengawal selia di United Kingdom (UK), Singapura dan Australia adalah profesional bebas. Saya pasti Pentadbir Penerbangan Persekutuan AS akan mengambil kira penilaian mereka,” kata penganalisi Teal Group, Richard Aboulafia.
Nahas Ahad lalu berlaku hanya beberapa bulan selepas tragedi pesawat Lion Air 737 MAX di Indonesia, Oktober lalu mengorbankan 189 orang sejurus berlepas dari Jakarta.
Ia turut menyebabkan nilai pasaran syarikat pengeluar pesawat terbesar dunia itu merudum.
Rata-rata pakar berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas dan sama ada kedua-dua insiden mempunyai kaitan.
Difahamkan, kebanyakan nahas berlaku disebabkan rantaian unik faktor manusia dan teknikal. - Reuters




..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.