Qu
Puteh tarik balik dua produk
KOTA BHARU: Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr
Hasmiza Othman akan menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh
Whitening UV Block dalam pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara waktu,
berkuat kuasa hari ini.
Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata pihaknya akan
melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah
sedemikian tidak pernah berlaku.
"Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap
dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.
"Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah
ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebentar tadi, ketika
mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan Qu Puteh Whitening
Pro 9 dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam kosmetik.
Kementerian Kesihatan Brunei pula mengharamkan tiga produk Qu
Puteh kerana didakwa mengandungi bahan berbahaya.
Mengulas lanjut, Dr Vida berkata walaupun dua produk itu
dihentikan jualannya dalam pasaran, produk lain seperti Pamoga, Qu Puteh dan
Milenia masih dijual.
"Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak
mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada
produk saya," katanya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.