Total Pageviews

Friday 1 March 2019

teruskan tajaan walaupun berdepan ujian


Vida Beauty teruskan tajaan walaupun berdepan ujian


KUALA TERENGGANU: Vida Beauty Sdn Bhd tidak akan menarik balik atau mengurangkan penajaan beberapa rancangan hiburan, termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL 30), yang akan disiarkan secara langsung di TV3, malam esok.
Pengasasnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida, berkata tajaan beberapa program lain termasuk Mentor Milenia di TV3 dan tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan juga tidak akan terjejas.
Katanya, walaupun dua produk keluaran syarikatnya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Putih Whitening UV Block ditarik balik dari pasaran, syarikat tidak panik dan yakin berada di pihak benar.
"Walaupun dua produk itu diminta ditarik balik serta-merta dari pasaran, ia tidak akan menjejaskan jumlah penajaan beberapa rancangan hiburan yang disiarkan melalui televisyen, termasuk AJL30 seperti perjanjian asal.
"Kita akan teruskan penajaan mengikut perjanjian, selain turut menaja beberapa program lain," kepada BH melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.
Dr Vida mengakui banyak pihak termasuk beberapa penerbit rancangan hiburan menghubunginya kerana risau syarikat akan membatalkan dan mengurangkan jumlah tajaan selepas tersiar berita arahan Kementerian Kesihatan supaya syarikat itu menarik balik produk itu dari pasaran.


.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.