17 March 2019
PASIR
GUDANG: Sebanyak 150 tan metrik air sungai dan 300 tan metrik tanah bercampur
sisa kimia dari Sungai Kim Kim akan dilupuskan.
Menteri
Besar, Datuk Osman Sapian, berkata kesemua sisa kimia bertoksik itu akan
dihantar ke kilang pelupusan berlesen.
“Sejumlah
450 tan metrik lagi sisa kimia iaitu 150 tan metrik air sungai dan 300 metrik
tan tanah akan dilupuskan.
“Ia
akan dibakar dengan kepanasan suhu tinggi antara 800 hingga 1,200 darjah
selsius sebelum dihantar ke Bukit Pelanduk, Seremban bagi dilupuskan.
“Kita
juga akan membuat pos kawalan tetap di Sungai Kim Kim yang dipantau dua anggota
penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula 20 Mac ini bagi mengelakkan
pencemaran kimia di situ, ” katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan
Bantuan Bencana di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), hari
ini.
Terdahulu,
Osman mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor.
Yang
turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian
Johor, Dr Sahruddin Jamal.
Pagi
tadi, media melaporkan sebanyak 550 metrik tan tanah serta enap tercemar dan
700 metrik tan air tercemar dikumpulkan sehingga 4 petang semalam, bagi
dilupuskan.
Sementara
itu, Osman berkata, pihaknya menjangkakan tindakan susulan (tangkapan) daripada
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh dua hari ini.
“Kita
serius menangani isu pencemaran sisa kimia di Johor dan pemantauan akan
diteruskan di Sungai Kim Kim dan kawasan lain, ” katanya.
Beliau
berkata, keputusan sama ada sekolah akan dibuka atau terus ditutup akan
diputuskan esok selepas mendapat laporan penuh bacaan kualiti udara di kawasan
terjejas.
Seluas
680 meter sudah dibersihkan - Bee Yin
15 March 2019
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/541488/seluas-680-meter-sudah-dibersihkan-bee-yin
PASIR GUDANG: Kawasan seluas 680 meter daripada 1.5 kilometer
paling tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan sehingga jam 4 petang tadi.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim, Yeo Bee Yin, berkata kerja pembersihan berkenaan dilakukan selama 24 jam
oleh tiga kontraktor dilantik membabitkan 90 pekerja bermula Rabu lalu.
“Sejumlah 250 beg besar berisi tanah dan bahan enap cemar serta
350 metrik tan air tercemar dikumpulkan dalam operasi yang bermula sejak 13 Mac
lalu dan akan dilupuskan ke kilang yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar
(JAS) Johor.
“Kawasan 680 meter berkenaan juga adalah yang paling tercemar
dan ini adalah kemajuan yang amat baik.
“Cuma kita sedang memantau apa impak atau gas yang akan keluar
ke udara ketika pembersihan dilakukan, namun alat pengesan gas sudah diletakkan
di lokasi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Gerakan
Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, di Menara Aqabah Majlis Perbandaran
Pasir Gudang (MPPG), di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar
dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung.
Sementara itu, Bee Yin berkata, Jawatankuasa Saintifik
ditubuhkan hari ini, bagi membantu kerajaan Johor menyiasat dan mengenal pasti
punca serta kesan pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim.
Katanya, ia akan dipengerusikan oleh Profesor Dr Abdull Rahim
Mohd Yusoff dan dianggotai agensi termasuk JAS, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan
Kesihatan Negeri Johor, PETRONAS selain Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (DOSH).
“Tugas jawatankuasa ini adalah pengurusan data, menghalang
gelombang ketiga gas beracun, pemantauan alam sekitar serta penerobosan kimia
berbahaya ke dalam air bawah tanah serta kandungan tanah dasar sungai, ”
katanya.
Dalam perkembangan lain, Bee Yin berkata, tren penurunan mangsa
yang dimasukkan ke hospital direkodkan selepas sekolah di Pasir Gudang ditutup.
Katanya, gelombang kedua pengewapan gas kimia berbahaya pada
Rabu lalu mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 178 dimasukkan ke hospital.
“Semalam pula seramai 113 mangsa dimasukkan ke hospital,
manakala hari ini terus menurun kepada 32 mangsa.
“Bagaimanapun kita sedang memantau dengan lanjut apa lagi gas
yang akan mengewap ketika kerja pembersihan dijalankan kerana bimbang berlaku
gelombang ketiga dengan mangsa dirawat ke hospital akan meningkat, ” katanya.
Sementara itu, Dr Sahruddin berkata, seramai 73 mangsa yang
mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan
Ismail (HSI) sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Sehingga 3 petang tadi, seramai 480 mangsa mendapat rawatan
saringan awal di pusat rawatan awal, Stadium Tertutup Pasir Gudang.
“Daripada jumlah itu, hanya 20 mangsa dirujuk ke hospital untuk
rawatan susulan,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/541488/seluas-680-meter-sudah-dibersihkan-bee-yin
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.