MELBOURNE:
Senator berhaluan kanan Australia dihalang pegawai keselamatan hari ini selepas
menampar seorang pemuda yang membantah ulasan menghinanya mengenai serangan
masjid di Christchurch.
Fraser
Anning mengundang kecaman dunia kerana meletakkan punca serangan yang mengorbankan
49 jemaah Islam itu adalah berpunca daripada kesalahan pendatang Muslim datang ke
New Zealand. Fraser Anning seolah olah tidak menghargai walau sedikitpun langsung
akan kehilangan nyawa 49 orang Muslim yang ditembak di dalam dua masjid di New
Zealand.
Susulan
kontroversi itu, pemuda tidak dinamakan membaling telur ke arah Anning ketika
sidang akhbar di Melbourne, menyebabkan senator itu menampar mukanya beberapa
kali sebelum dihentikan pengawal keselamatan.
Dalam
kenyataan semalam, Anning berkata serangan itu disebabkan penghijrahan
pendatang Islam ke New Zealand.
Perdana
Menteri Australia, Scott Morrison, menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘keji’ dan
‘hodoh’ dengan ‘tiada tempat di Australia’. - AFP
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.