Total Pageviews

Friday 1 March 2019

207 orang mendapat kesan buruk kimia


Pencemaran Sungai Kim Kim: 207 individu dilaporkan terkesan

Selasa, 12 March 2019


JOHOR BAHRU: Seramai 209 individu dilaporkan terkesan dengan pencemaran gas metana susulan tumpahan bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, sejak Khamis lalu sehingga jam 11 malam tadi.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz, berkata angka itu diperoleh berdasarkan laporan kes yang diterima melalui pemberitahuan dari klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital.
Beliau berkata, dalam kejadian terbaru semalam sehingga jam 11 malam, seramai 29 mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut, manakala 77 lagi dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Katanya, perkembangan terbaru itu menjadikan bilangan keseluruhan terjejas adalah seramai 209 individu, termasuk seramai 103 mangsa daripada kumpulan pertama yang direkodkan terkesan selepas kes itu dilaporkan berlaku Khamis lalu.
“Seramai 35 orang dimasukkan ke wad HSI untuk rawatan lanjut dan daripada jumlah itu empat pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Selepas 16 pesakit daripada gelombang pertama dibenar pulang, jumlah terkini pesakit yang masih berada di HSI adalah 44 orang, iaitu enam di ICU dan 38 di wad HSI, membabitkan 11 pesakit dewasa dan 33 murid sekolah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, malam tadi.
Dr Selahuddeen berkata, Jabatan Kesihatan negeri menasihatkan pihak sekolah dan penduduk tempatan untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada, sesak nafas serta disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia.
“Orang ramai juga dinasihatkan menggunakan air terawat untuk aktiviti harian, kerap mandi dan pakaian yang digunakan perlu dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa toksik terkena pada anggota badan.
“Elakkan diri daripada memasuki dan berada di kawasan kejadian itu dan dinasihatkan mengelak melakukan sebarang aktiviti termasuk aktiviti riadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim sehingga arahan seterusnya.
“Orang awam juga diminta mengikuti maklumat terkini kejadian ini daripada sumber maklumat yang sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.
Setakat ini, polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan menahan tiga suspek yang dipercayai membuang sisa kimia ke dalam sungai itu sehingga mengakibatkan pencemaran gas metana.

..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.