Total Pageviews

Friday, 1 March 2019

China gantung operasi pesawat Boeing 737-8


China gantung operasi pesawat Boeing 737-8

Isnin, 11 March 2019


BEIJING: Pengawal selia penerbangan awam China mengarahkan syarikat penerbangan tempatan negara itu, supaya menggantung operasi komersial semua pesawat Boeing 737-8 mulai jam 6 petang (waktu tempatan) hari ini.
Arahan itu dikeluarkan sehari selepas insiden membabitkan pesawat 737 MAX 8 milik Ethiopian Airlines, yang mengorbankan semua penumpang dan anak kapalnya.
Pesawat milik Ethiopian Airlines itu adalah model sama yang terhempas ke dalam Laut Jawa, sebaik sahaja berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.
Insiden membabitkan pesawat milik Lion Air itu mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya.
“Memandangkan kedua-dua kemalangan membabitkan pesawat baru Boeing 737-8 dan ia berlaku ketika ia berlepas, mereka mungkin mempunyai beberapa persamaan,” kata Pentadbiran Penerbangan Awam China.
Katanya, langkah itu adalah sejajar dengan prinsip toleransi sifar yang menjadi amalan badan pengawal selia itu terhadap aspek keselamatan. - Reuters


..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.