Total Pageviews

Friday, 1 March 2019

Nahas Lion Air Indonesia


Nahas Lion Air: Indonesia perketat syarat latihan juruterbang

Selasa, 13 November 2018


JAKARTA: Penyiasat Indonesia berkata semalam, lebih banyak latihan diperlukan untuk juruterbang pesawat jenis Boeing 737 MAX selepas mendapati, situasi dipercayai dihadapi kru penerbangan malang Lion Air JT610, tidak diperoleh dalam manual penerbangan.
Ulasan itu memberi gambaran lanjut bidang yang diteliti ketika penyiasat bersiap sedia mendedahkan laporan awal sama ada 28 atau 29 November ini, sebulan selepas pesawat Boeing 737 MAX milik Lion Air terhempas di Laut Jawa, mengorbankan kesemua 189 di dalamnya.
Sehingga kini, perhatian umum memusat masalah penyelenggaraan potensi termasuk kesilapan pengesan untuk ‘sudut serangan’, data penting diperlukan untuk membantu pesawat terbang pada sudut betul mengikut arus udara dan mengelak ia terhenti.
Kini fokus siasatan jelas dilanjutkan untuk menjelaskan prosedur diluluskan Amerika Syarikat (AS) bagi membantu juruterbang menghalang 737 MAX bereaksi terhadap kehilangan data dan kaedah untuk melatih mereka.
Ketua jawatankuasa keselamatan pengangkutan untuk penyiasat nahas Indonesia (KNKT), Soerjanto Tjahjono, berkata semalam, pengawal selia Indonesia akan mengetatkan syarat latihan susulan penemuan siasatan setakat ini.
“Kita tahu, disebabkan insiden berlaku, kita tahu kita memerlukan latihan tambahan,” katanya.
Ulasan itu memfokuskan perhatian terhadap kandungan manual pesawat dan kursus penukaran membolehkan juruterbang generasi pesawat Boeing sebelumnya, 737NG untuk menaik tarafnya kepada MAX.
Soerjanto berkata, manual itu tidak meliputi bagaimana menguruskan situasi seperti yang berlaku pada nahas.
Pihak berkuasa Lion Air berkata, mereka mengikuti rejim latihan diluluskan kedua-dua pengawal selia AS dan Eropah. -Reuters


..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.