Australia pula haramkan semua pesawat Boeing 737 MAX
Rabu, 13 March 2019
SYDNEY: Australia mengharamkan semua pesawat Boeing 737 MAX dari
ruang udaranya, menyertai beberapa negara lain yang berbuat demikian selepas
nahas Ethiopian Airlines hujung minggu lalu.
“Ini adalah penggantungan sementara, ketika menantikan lebih
banyak maklumat untuk menilai risiko keselamatan meneruskan operasi Boeing 737
MAX ke dan dari Australia.
“Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Sivil (CASA) Australia
kesal dengan sebarang masalah kepada penumpang tetapi kami lebih mementingkan
keselamatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CASA, Shane Carmody.
Fiji Airlines adalah satu-satunya pengendali 737 MAX yang
terjejas akibat larangan itu, menurut CASA.
Syarikat penerbangan Silk Air beribu pejabat di Singapura
menggunakan pesawat itu untuk penerbangan ke Australia, tetapi ia sudah
digantung perkhidmatan selepas bandar raya itu mengharamkan model itu dari
ruang udaranya. — AFP
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.