Total Pageviews

Friday 1 March 2019

Juri tolak saman


Juri tolak saman terhadap Johnson & Johnson


ST LOUIS: Juri semalam menolak saman seorang wanita di Tennessee terhadap syarikat penjagaan diri terkemuka, Johson & Johnson yang mendakwa bedak bayi yang dikeluarkan firma itu menyumbang kepada barah ovari yang dihidapinya.
Keputusan itu disifatkan kemenangan bagi syarikat berkenaan, selepas mereka kalah dalam tiga saman seumpamanya yang dikemukakan sebelum ini, di sini.
Juri mengundi 11 -1 untuk menolak pemberian pampasan kepada Nora Daniels, 55, dari Columbia, Tennessee, yang mendakwa beliau menggunakan bedak talkum Johnson & Johnson sejak 1978 hingga 2013, sebelum disahkan menghidap barah ovari dan rahim.
Beliau turut menyaman pembekal bedak talkum, Imerys Talc.
Keputusan yang memihak kepada Johnson & Johnson itu dibuat selepas juri dalam kes terdahulu memutuskan syarikat berkenaan perlu membayar pampasan keseluruhan AS$197 juta (RM877 juta) kepada tiga plaintif yang membuat tuntutan sama.
Kira-kira 2,000 saman peringkat negeri dan persekutuan difailkan di seluruh negara berikutan kebimbangan masalah kesihatan yang berpunca daripada penggunaan berpanjangan bedak talkum.
Peguam Daniels, Jim Onder, berkata perbezaan antara keputusan ke atas saman anak guamnya dan tiga kes terdahulu di St Louis kerana juri beranggapan bedak talkum tidak menyumbang kepada barah tertentu yang dihidapi wanita itu.
Sementara itu, jurucakap Johnson & Johnson, Carol Goodrich dalam satu kenyataan, berkata syarikatnya bersimpati dengan nasib yang menimpa pesakit barah ovari.
"Keputusan juri konsisten dengan hasil penyelidikan sains, bukti klinikal dan kajian selama beberapa dekad oleh pakar perubatan di seluruh dunia yang terus menyokong keselamatan penggunaan talkum kosmetik," katanya yang turut menyentuh dua kes digugurkan di New Jersey pada September 2016 apabila hakim menemui bukti saintifik tidak kukuh bagi tuntutan terhadap bedak talkum. - AP


..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.