Total Pageviews

Friday, 1 March 2019

36 minit untuk tahan suspek pengganas





Polis ambil 36 minit untuk tahan suspek pengganas



36 minit.

Itu tempoh yang diambil Polis New Zealand dari ketika pihaknya mula menerima panggilan kecemasan sehinggalah tertangkapnya pengganas yang terlibat dalam tragedi solat Jumaat di Christchurch.

Suspek, Brenton Tarrant, 28 tahun, diberkas selepas melepaskan tembakan ke arah jemaah di dua masjid di bandar itu, iaitu di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood. 

Pada satu sidang media di sini, Pesuruhjaya Polis New Zealand Mike Bush memaklumkan, pegawai polis yang menahan pengganas berkenaan mengambil risiko besar dalam menjalankan tugas itu.
Ia kerana, katanya, mereka turut menemui bahan letupan dan senjata lain di dalam kenderaan penyerang itu setelah ia dihentikan oleh polis.

Bush juga memaklumkan, pihaknya kini sudah memperoleh beberapa petunjuk untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, tambahan 125 anggota dikerahkan ke Christchurch bagi membantu menjamin keselamatan di bandar berkenaan.

Pada masa sama, Polis New Zealand mengumumkan menggerakkan keseluruhan pasukannya ke seluruh negara demi menjamin keselamatan awam, selain menjamin kelancaran siasatan kes.






Polis tarik keluar pengganas Masjid NZ




SEORANG anggota polis dilabelkan sebagai seorang hero selepas bertindak berani dengan menarik keluar salah seorang suspek dari sebuah kereta seorang penembak tragedi solat Jumaat di Christchurch.

Lapor The Daily Mail, tindakan anggota polis itu sempat dirakam oleh seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan berhampiran salah sebuah masjid, ketika suspek masih berada dalam kereta ketika dihampiri dua anggota polis.

Salah seorang daripada anggota polis itu kemudiannya menarik suspek keluar dari kereta.
Salah seorang suspek, warga Australia, Brenton Tarrant, 28, menggunakan kamera GoPro untuk membuat penstriman secara langsung bagaimana dia memandu ke masjid sambil mendengar muzik, dengan sekurang-kurangnya enam jenis senjata berada dalam kereta itu.

Setakat ini, 49 nyawa disahkan terkorban manakala 48 lagi sedang dirawat di hospital.







..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.