Total Pageviews

Friday, 1 March 2019

8 mangsa di ICU


Lapan mangsa di ICU semakin stabil

16 Mac 2019


PASIR GUDANG: Lapan mangsa pencemaran udara Sungai Kim Kim yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini semakin stabil dan tidak lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jumlah pesakit yang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail menunjukkan penurunan yang ketara.

“Sehingga pukul 2 petang tadi, jumlah kes yang direkodkan sejak 7 Mac lalu adalah sebanyak 3,976 kes.

“Jumlah pesakit yang ditahan di wad menurun kepada 131 orang daripada 371 pesakit yang direkodkan pada pukul 9 pagi tadi,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata pihak kementerian akan membuat kajian lebih menyeluruh berdasarkan kes pesakit yang didaftarkan untuk melihat kesan jangka panjang pencemaran terhadap kesihatan.

Namun, berdasarkan kes sebelum ini, pencemaran itu hanya memberi kesan sementara memandangkan tempoh pendedahan udara tercemar kepada pesakit hanyalah untuk jangka masa pendek.

“Apa yang kita lihat adalah acute exposure, dan dos yang dihidu dalam jangka masa itu tidak terlalu tinggi.

“Ini adalah acute toxicity, ia bukan exposure lama,” katanya lagi.

Dr Dzulkefly menambah bahawa pihaknya berdepan kekurangan bekalan Cyanokit, ubat yang digunakan bagi merawat kesan sianida, di mana tiga daripada 10 bekalan sedia ada telah digunakan.

Namun, menurutnya, kementerian merancang untuk mendapatkan bekalan daripada hospital lain di luar Johor.




..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.