10,000 aduan hina agama Islam diterima Jakim
SEREMBAN: Kes penghinaan agama Islam semakin
menjadi-jadi apabila unit pemantau yang beroperasi di bawah Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) menerima lebih 10,000 aduan sejak pelancarannya minggu
lalu.
Segelintir masyarakat yang tidak berwibawa semakin berani mengeluarkan penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam, terutamanya di media sosial.

Menurut
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Saleh, angka aduan yang
diterima sangat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian di
kalangan masyarakat.
“Setakat ini maklumat terkini yang saya terima ada lebih kurang 10,000 kes aduan yang kita terima daripada unit pemantauan Jakim.
"Jadi, ini jumlah yang agak besar dalam masa yang singkat,” katanya pada sidang media pra pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 di sini pada Selasa. Beliau juga menggesa unit pemantau itu memastikan kesahihan dengan membuat penapisan secara teliti terhadap aduan yang diterima kerana besar kemungkinan terdapat beberapa aduan palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.
“Kadang-kadang ada aduan daripada akaun palsu. Itu lebih kepada provakasi. Yang betul-betul menghina, kadang-kadang kita tengok berulang. Jadi, mungkin itulah yang kita akan tapis dan kita tengok secara teliti,” katanya.

Tambahnya, senario menghina agama kini dilihat
membimbangkan dan perlu dibendung kerana mampu mencipta jurang yang besar
antara rakyat.
Kerajaan juga kini dalam usaha mendidik rakyat agar berkasih sayang sesama insan dan tidak menjatuhkan hukuman sesuka hati, kata Fuziah.

Pada 7 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Jakim menubuhkan satu unit
pemantau terhadap penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad
serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.
Katanya, unit itu juga diminta menerima sebarang aduan dan seterusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya mendapati terdapat kelakuan bersifat menghina atau provokasi.

...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.