Juri
anugerah pampasan RM293j kepada wanita
ST LOUIS: Juri St Louis
menganugerahkan pampasan lebih AS$70 juta (RM293 juta) kepada seorang wanita
yang mendakwa beliau menghidap barah kerana bertahun-tahun menggunakan bedak
bayi Johnson & Johnson.
Ia adalah kes terbaru yang
meningkatkan kebimbangan mengenai kes kesihatan berikutan penggunaan bedak
talkum dalam tempoh panjang.
Keputusan juri pada Khamis
itu menamatkan perbicaraan yang bermula pada 26 September dalam kes yang
difailkan Deborah Giannecchini dari Modesto, California.
Beliau didiagnos dengan
barah ovari pada 2012. Saman menuduh Johnson & Johnson 'cuai' dalam
pembuatan dan pemasaran bedak bayi.
Awal tahun ini, dua lagi
saman di St Louis berakhir dengan keputusan juri menganugerahkan pampasan
berjumlah AS$127 juta (RM533 juta) tetapi dua saman di New Jersey ditolak hakim
yang berkata tiada bukti kukuh bedak itu menyebabkan barah ovari. - AP
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.