Total Pageviews

Friday, 1 March 2019

Isu telur, kenyataan ahli politik Australia memalukan



Isu telur, Ardern anggap kenyataan ahli politik Australia memalukan







AUCKLAND/MELBOURNE: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata, senator Australia yang menggunakan isu tembakan dua masjid di Christichurch untuk mengkritik pendatang Islam sebagai ‘memalukan.’

Senator Queensland, Fraser Anning yang mengaitkan pendatang Islam kepada serangan ganas Jumaat lalu segera dikecam di Australia dan New Zealand.

Beliau dibaling telur oleh seorang penyerang remaja malam tadi. Anning menulis tweet: “Adakah sesiapa mempertikaikan hubungan antara pendatang Islam dan keganasan?”

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, komen Anning tiada tempat di negara itu.

Dalam sidang media tengah hari ini, Ardern ditanya pendapatnya mengenai komen Anning, lalu membalas: “Ia memalukan.”

Wujud gesaan supaya Anning didakwa atas tuduhan menyerang selepas menumbuk remaja itu susulan insiden telur dalam satu acara di Melbourne semalam.

Ia dilakukan ketika satu petisyen change.org memperoleh hampir 500,000 tanda tangan supaya ahli politik kontroversi itu disingkir daripada Parlimen sementara remaja terbabit dianggap sebagai ‘wira’ dalam talian.

Anning yang dikritik berikutan komennya terhadap pembunuhan di Christchurch Jumaat, dibaling telur dalam satu acara di mana penunjuk perasaan dan penyokong bertembung.

Senator itu diwawancara oleh wartawan akhbar Melbourne di Moorabin apabila remaja berusia 17 tahun dari Hampton memecahkan telur di belakang kepalanya.

Anning yang terkejut berpaling dan menumbuk muka remaja terbabit dan memukulnya beberapa kali selepas itu.

Remaja itu ditumpaskan empat lelaki dan disoal pihak berkuasa sebelum dibawa polis. Dia kemudian dibebaskan tanpa didakwa sementara menunggu siasatan.

Senator terbabit terlepas dakwaan namun persoalan timbul berhubung caranya menumpaskan remaja, sesetengah menyifatkannya kejam dan berkata dia ‘dipukul.’

Sebagai tindak balas kepada tweet Media Watch, Senator Derryn Hinch berkata: “Anning berhak untuk bertindak, walaupun tidak sengaja, namun reaksinya amat melampau.”

Polis Victoria berkata, insiden itu sedang disiasat keseluruhannya termasuk tindakan Anning.

Satu ruangan mengumpul dana diwujudkan bagi membiayai bayaran perundangan remaja terbbait dan membeli ‘lebih banyak telur.’ -Agensi





...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.