Total Pageviews

Friday 1 March 2019

92 budak keracunan racun rumpai


92 kanak-kanak keracunan akibat racun rumpai



LIMA: Seramai 92 kanak-kanak dan tiga guru mengalami keracunan dekat utara Peru apabila sebuah pesawat penyembur di ladang berhampiran menyembur racun rumpai terlalu dekat dengan sekolah itu, kata media tempatan hari ini.
Racun herba dikenali glyphosate, menyebabkan kanak-kanak sekolah yang menghidunya muntah dan pengsan, manakala yang lain mengadu sakit perut dan sakit kepala, kata seorang pegawai kesihatan di perbandaran Nepena kepada wartawan.
Glyphosate, bahan aktif digunakan jenama gergasi bioteknologi gergasi AS, racun rumpai Monsanto Roundup, sering menimbulkan kontroversi dan kekeliruan.
Pengkritik menggesa ia diharamkan, dan Agensi Antarabangsa Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun lalu menyatakan ia mungkin menyebabkan kanser.
Tetapi minggu ini WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian berkata "tidak mungkin" glyphosate bersifat karsinogenik (boleh menyebabkan kanser).
Aduan dibuat ibu bapa kepada pendakwa raya tempatan selepas anak-anak mereka sakit sejurus terhidu kimia yang disembur di ladang tebu milik kumpulan Gloria, salah sebuah syarikat makanan dan pertanian terbesar di Peru, kata akhbar El Comercio.
Siasatan mendapati semburan racun pada pagi Selasa itu dilakukan tanpa tanpa permit perbandaran, kata penyiasat kepada wartawan. - AFP

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.