Polis
ambil 36 minit untuk tahan suspek pengganas
36 minit.
Itu tempoh yang diambil Polis New Zealand dari
ketika pihaknya mula menerima panggilan kecemasan sehinggalah tertangkapnya
pengganas yang terlibat dalam tragedi solat Jumaat di Christchurch.
Suspek, Brenton Tarrant, 28 tahun, diberkas
selepas melepaskan tembakan ke arah jemaah di dua masjid di bandar itu, iaitu
di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood.
Pada
satu sidang media di sini, Pesuruhjaya Polis New Zealand Mike Bush memaklumkan,
pegawai polis yang menahan pengganas berkenaan mengambil risiko besar dalam
menjalankan tugas itu.
Ia
kerana, katanya, mereka turut menemui bahan letupan dan senjata lain di dalam
kenderaan penyerang itu setelah ia dihentikan oleh polis.
Bush juga memaklumkan, pihaknya kini sudah
memperoleh beberapa petunjuk untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, tambahan 125 anggota dikerahkan
ke Christchurch bagi membantu menjamin keselamatan di bandar berkenaan.
Pada masa sama, Polis New Zealand mengumumkan
menggerakkan keseluruhan pasukannya ke seluruh negara demi menjamin keselamatan
awam, selain menjamin kelancaran siasatan kes.
Polis
tarik keluar pengganas Masjid NZ
SEORANG anggota polis
dilabelkan sebagai seorang hero selepas bertindak berani dengan menarik keluar
salah seorang suspek dari sebuah kereta seorang penembak tragedi solat Jumaat
di Christchurch.
Lapor The Daily Mail, tindakan anggota polis itu sempat dirakam oleh
seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan berhampiran salah sebuah masjid,
ketika suspek masih berada dalam kereta ketika dihampiri dua anggota polis.
Salah
seorang daripada anggota polis itu kemudiannya menarik suspek keluar dari
kereta.
Salah seorang suspek, warga Australia, Brenton
Tarrant, 28, menggunakan kamera GoPro untuk membuat penstriman secara langsung
bagaimana dia memandu ke masjid sambil mendengar muzik, dengan
sekurang-kurangnya enam jenis senjata berada dalam kereta itu.
Setakat ini, 49 nyawa disahkan terkorban
manakala 48 lagi sedang dirawat di hospital.
..