Pengalaman Kanser
KANSER DARAH Leukimia
Tim RoS
Confession dihubungi bekas pesakit kanser darah; Adam Syakir. Saudara Adam
telah diuji dengan kanser yang dikenali sebagai chronic myeloid leukimia.
Apakah
leukimia?
Leukimia
adalah kanser yang terjadi pada sel yang menghasilkan darah di tulang sum-sum.
Sel ini tidak akan matang secara normal apabila menjadi sel leukimia dan akan
membahagi pada kadar yang lebih cepat. Malah sel ini tidak mati pada kitaran
waktu yang sepatutnya. Sel yang galak membahagi ini akan menyasarkan sel-sel
yang sihat pada tulang sum-sum akan seterusnya memenuhi saluran darah pesakit
leukimia. Kesannya, sel darah putih akan meningkat dengan banyak. Apabila sel
ini memasuki saluran darah, ia akan terus merebak pada bahagian lain dan
menggangu fungsi sel yang lain.
Apakah chronic
myeloid leukimia?
Ia
berpunca daripada sel myeloid pada sum-sum tulang. Pada tahapan kronik, sel ini
akan matang secara separa, di mana sel ini akan kelihatan seperti sel yang
normal – namun hakikatnya ia tidak! Sel ini tidak berfungsi untuk melawan
jangkitan seperti sel darah putih yang normal. Jangka hayat sel ini juga
panjang daripada sel yang normal, merebak dengan cepat dan menyasarkan sel
darah putih yang normal. Biasanya, tahapan kronik lebih susah untuk disembuhkan
berbanding tahapan akut. Tetapi nikmat kesembuhan buat Saudara Adam adalah satu
anugerah!
Ikuti
kisah beliau.
Dewasa
ini kita digemparkan dengan pelbagai berita penyakit kanker yang makin
berleluasa ( ayat SPM ).. ye betul tu..sekarang kanser tu dah macam demam
biasa2..dah macam batuk2..contoh macam lepak2 minum air..tetiba keluar topik..
weh ko ada dengar cerita tak anak pak leman senget kena kanker..baik budak tu
dulu.. kanser ni dah macam sesuatu yang normal..normal tapi membunuh..tapi
macam mana nak bunuh pembunuh ni? semua tahu nak lawan kanser ni dengan
chemotheraphy.. dan ini pengalaman aku chemo dan transplant dari view seorang
pengidap CML.
( ni
gambar semester brapa tah..tengok muka tu..sebab malas makan ubat jadi barai
camtu..kids,please dont do this )
Sebelum nk buat transplant..kena ambik sum2 tulang dulu..
OMG..ambil air sum sum tulang..no no nanti anak aku lumpuh..aku tak bagi doktor
amik sum sum tulang nanti lumpuh..pernah dengar ayat camtu?? biasanya pakcik
makcik selalu fikir camtu..ambil sum2 terus lumpuh..dengar la sangat jiran tu
cerita..memang jiran tu ad PHD pun.. kalau korang nak tau..BMA atau bone marrow
aspire ni, lansung takde side effect pape..macam
aku ni..dah berpuluh2 kali ambik air sum2 tulang..syukur masih elok lagi
berjalan berjimba berzumba..jangan risau..doktor2 nurse semua pro..just bius
zup zap siap terus 5 jam boleh balik rumah mais fifa17..lepas ambil sum2
tulang..tnggu result..then ambil darah adik beradik..untuk apa ambil darah adik
beradik? haaa ape lagi next gambar la..susah la semua nak kena ajar.
Ambil darah adik beradik tu untuk cari sum sum tulang siapa
paling sesuai..penderma ni susah nak cari..yang betul match pun susah nak
dapat..tapi syukur..ALLAH bagi aku peluang..aku dengan adik aku match
100%..bila dah ada penderma..sesi kaunseling pulak..haaaaaa masa ni la doktor
cerita semua..ape side effect..peratus2 semua tu..time ni doktor bilang..50 50
je peratusan survive..survive oi..hidup mati..memang
la orang cakap ajal maut di tangan tuhan..tapi hamba mana yang tak tergugat
semangat bila dengar 50 50 je peluang..fikir2 taknak buat..tapi bila fikir2
lama2 lagi..ambil keputusan nk carry on je..sebab ni last chance..lepas ni
takde dah..bak kata pepatah amin..alang2 menyeluk pekasam biar ke pangkal buku
lali..there is no turning back!
Maka bermula la episod aku kena chemo..4 kali pil
chemo..beratus2 kena telan..dan dua kali chemo ayaq warna itam kuning..sebab
apa chemo? sebab nak hancur buang terus sum2 tulang yg ada leukimia tu..basicly
tulang aku takde sum sum tulang lah..yilekk..pernah makan sup gearbox??yang duk
sedut2 tu lah sum2 tulang..sedap??? masa chemo ni..tak payah cakap la..seksa
yang macam mana tak dapat den nk explain lebih detail..tubuh panas..kulit jadi
hitam terus..kulit mengelupas mcm terbakar..tekak perut mcm terbakar..ulser
dalam mulut mcm cendawan banyak2..rambut gugur..muntah2 keluar acid
perut..muntah hijau..nak makan tak lalu..nak minum perit..tubuh kurus
sekurus2nya..
Wowwww ada air sirap..baca elok2 tu..drainage bag..tu merah
semua tu darah..datang mana darah tu?? Dari pundi kencing..yaaa tu sebab
kencing berdarah..orang cakap sengugut tu seksa..ni aku rasa macam sakit
sengugut kot..sakit yang amat..tak tahan sakit sangat sampai doktor bg morphine..morphine
pun kena up dosage smpai ak tak rasa pape dengan tubuh aku..sbb terlalu
sakit..kepada lelaki..nak pasang urine catheter ni sangat seksa..korang google
sendiri la..maleh aku nak cerita ngeri sangat..dah la size tiub bapak besa..
2 3 minggu jugak nak kasi clear darah dalam pundi tu..ni sebab chemo tu effect semua..cell baik cell tak baik semua kasi hentam..
2 3 minggu jugak nak kasi clear darah dalam pundi tu..ni sebab chemo tu effect semua..cell baik cell tak baik semua kasi hentam..
Betapa barai nye kulit lepas chemo..terbakar koyak sini
sana..hancur terus..macam pakai produk ada merkuri..tp ni teruk
lagi..wkwkwkwkwkwkwk..tu rantai aku pakai sebab nk support hickman
catheter..direct masuk dalam dada terus..apa barang cucuk kat tgn.. ( acah2
kuat padahal pedih giler masa nak pasang ).
Ni kalau tv3 tengok konpem masuk bersamamu..dah macam OKU
plak..tapi tu la aku..lepas chemo..kurus..rmbut gugur bertompok2..kulit
hancur..time ni la aku ada depression..stress semua muncul ada..dan masa ni la
matatabi muncul teman..mana tak sedih tak stress..bila tengok diri sendiri
keadaan macam ni kan..jauh beza dari dulu2..
Cylosporin..imatinib..prednisolone..penincilin..semua ubat ni
aku makan..aku tak tau berapa ribu ubat dah ada dalam tubuh aku ni..dah macam
gula2..ni kalau masuk pertandingan kumpul dan menang for sure aku menang
motosikal..muntah2 tu perkara normal..cyclosporin tu ubat petai..bau macam
petai..fungsi nak kawal hormon..side efek dia jambang tumbuh lebat..semua bulu2
lebat..misai janggut kening.. imatinib ni nk kawal cell2 leukimia dalam
badan..side effect dia muntah dan kulit jadi gebu gebas putih
melepak..haha..prednisolone untuk jaga hati dan kidney..yela dah hentam ubat
riban2..kesian kidney kena overwork..
Apakah penyebab kanser darah
atau kanser leukimia? Institut Kanser Negara mengeluarkan laporan bahawa
insiden kanser paling kerap berlaku di kalangan kanak kanak adalah kanser darah
yakni leukimia.
Kenapa kanser darah leukimia
kerap terjadi di kalangan kanak kanak ?
Ini mungkin disebabkan oleh
ibu ibu yang bekerja menyedut wap petrol semasa mereka mengisi minyak.
Wap petrol mengandungi bahan
anti knocking yang juga mudah meruap iaitu benzene. Benzene boleh menyebabkan
leukimia di kalangan kanak kanak terutama jika ibu ibu menghisap wap petrol
dalam jangkamasa 3 bulan terawal proses mereka mengandungkan bayi.
Justeru, hindarilah
menghisap wap petrol walaupun anda tidak mengandung dan tidak kira jantina sekalipun.
PENERBITAN ‘SYNOPSIS OF CHILDHOOD CANCER INCIDENCE
IN MALAYSIA, `2007-2011’
Penyakit kanser di kalangan
kanak-kanak menyumbang kepada 4% daripada kejadian penyakit kanser di Malaysia
untuk tempoh insiden tahun 2007-2011. Laporan terperinci mengenai taburan
penyakit di kalangan kanak-kanak ini boleh membantu untuk meningkatkan strategi
pengurusan rawatan kanser yang lebih berkesan. Penerbitan ‘Synopsis of Childhood Cancer Incidence in Malaysia, 2007-2011’ oleh
Jabatan Registri Kanser Kebangsaan, Institut Kanser Negara merupakan satu lagi
usaha untuk berkongsi fakta beban kanser di Malaysia di kalangan para
profesional dan orang awam melalui media cetak dan elektronik yang mudah
difahami dan diperolehi. Buku ini telah dimuatkan dengan analisa yang lebih
mendalam untuk melihat trend penyakit kanser di kalangan kanak-kanak mengikut
jenis kanser utama, kumpulan etnik dan juga taburan mengikut tahap umur ketika
dikesan mengidap penyakit ini. Lakarannya yang mudah difahami dan menarik turut
boleh dimanfaatkan oleh ahli keluarga pesakit kanser dan orang ramai dalam
memahami beban penyakit ini dan kepentingan untuk pengesanan dan rawatan awal.
Buku kecil ini mudah dibawa ke mana
sahaja dan berfungsi sebagai rujukan segera kepada para profesional termasuklah
pakar-pakar klinikal dan kesihatan awam, para akademik, penggubal dasar dan
pertubuhan yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aktiviti
program pencegahan dan pengurusan kanser di Malaysia. Ianya diharapkan dapat
menyuntik perhatian di kalangan orang ramai terutamanya penggubal dasar dalam
memberikan sokongan dan keutamaan dalam peningkatan pengurusan penyakit kanser
di kalangan kanak-kanak di Malaysia.
JABATAN REGISTRI KANSER KEBANGSAAN
INSTITUT KANSER NEGARA, PUTRAJAYA
March 2018
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.