Total Pageviews

Sunday, 1 April 2018

Doktor tersalah potong


Doktor tersalah potong testis zakar, lelaki dibayar RM3.6 juta



PENNSYLVANIA: Sudah 15 tahun Steven Haines, 54, menderita sakit kronis pada bahagian kerandut buah zakarnya atau testis sebelah kanannya.
Pada 2013, Haines warga Pennsylvania, Amerika Syarikat memutuskan menjalani rawatan dengan pakar urologi, Doktor Spencer Long.
Malangnya pada hari pembedahan, Doktor Long tersalah bedah, beliau terpotong testis sebelah kiri Haines.
Ketika testis yang sihat itu dipotong, testis kronis di sebelah kanan itu masih tergantung di situ!
Haines menanggung azab sakitnya, kini ditambah beban dari masalah testis sihat yang sudah hilang!
Haines jelas marah dan kecewa dengan pembedahan tersebut, lantaran membawa kesnya ke mahkamah.
Okezone mengutip laporan Russia Today pada Ahad bahawa hakim di Huntingdon County memastikan kelalaian Doktor Long wajar dihukum dengan mengarah pihaknya membayar pampasan bernilai AS$870,000 (RM3.6 juta) kepada mangsa.
Sekitar AS$620,000 (RM2.6 juta) diberikan sebagai permohonan maaf atas rasa sakit dan penderitaan yang dialami.
Sementara, sebanyak AS$250,000 (RM1 juta) dibayar sebagai ganti rugi bagi kesilapan yang telah berlaku itu.
Apalah malangnya nasib Haines yang kini diburu rasa trauma.
Sehingga kini, Haines masih fobia untuk dibedah lagi sambil menanggung azab dua bahagian testisnya yang bermasalah.
Sementara, berbaloikah pampasan RM2.6 juta yang diterima Haines, tatkala jika testis kanannya dipotong dia akan hidup tanpa testis.
Insan normal tanpa testis memerlukan rawatan testosteron sepanjang sisa usianya. – Sarawakvoice





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.