Antibiotik
sebabkan kanser usus
Menurut sumber dari cbsnews ,
pengambilan antibiotik semasa muda akan menjuruskan anda mudah mendapat barah
usus. Terdapat kajian membuktikan wanita yang kerap mengambil antibiotik untuk
jangka masa melebihi 2 minggu semasa muda akan mudah mendapat barah usus ketika
tua apabila dibandingkan dengan wanita muda yang tidak kerap mengambil
antibiotik.
Antibiotik yang diambil akan
membunuh bakteria baik ( bakteria simbiotik ) yang sepatutnya sentiasa ada dalam
usus anda. Jika anda ubah komposisi bakteria dalam usus dengan membunuh kesemua
bakteria baik dengan memakan antibiotik, keadaan ini lama kelamaan boleh
memburuk menjadi barah usus.
Malangnya pada zaman
sekarang, bakteria telah pandai membina kekebalan atau kerintangan terhadap
antibiotik yang dimakan. Perhatikan bahawa sekarang, doktor anda akan memberi
anda rawatan dengan jumlah ubat antibiotik melebihi daripada satu jenis
antibiotik!
Penggunaan antibiotik boleh
menyebabkan permukaan usus meradang. Antibiotik juga menyebabkan usus anda
lemah sehingga tidak dapat melawan bakteria jahat. Sekiranya anda buat keratan
rentas terhadap usus, anda lihat bawah mikroskop bahawa usus anda penuh dengan
limpoid folikel di mana terdapat sistem kekebalan tubuh di sini.
Bakteria dalam usus
memainkan peranan penting untuk kesihatan anda yang baik. Justeru jika anda
mahu sistem kekebalan semulajadi badan anda berada di tahap yang baik, muda
sentiasa, anda hendaklah selalu bersenam dan mengambil prebiotik dan probiotik
tambahan. Prebiotik dan probiotik tambahan terbaik adalah diperolehi daripada
madu kelulut bertubuh paling kecil
kerana lagi kecil badan lebah kelulut maka lagi banyak jenis bunga besar atau
kecil yang ia mampu masuk bagi mendapatkan pollen dan nektar. Kelulut besar kurang
khasiatnya dari kelulut berbadan kecil kerana jumlah jenis bunga yang kelulut
bersaiz besar mampu masuk adalah terhad
pada bunga bersaiz besar sahaja.
Justeru, apakah antibiotik
semulajadi ciptaan Allah yang boleh anda gunakan? Saya kekurangan pengetahuan
tentang hal ini kerana yang benar benar pakar mengenai perkara ini adalah
mereka yang membuat kajian terperinci dengannya seperti saintis di Mardi, FRIM,
Jabatan Hutan Malaysia, Institut Perhutanan Malaysia, Univerisiti dan
sebagainya.
Namun demikian telah ada
pendapat dari pada individu pengamal bahawasanya bawang putih berkesan sebagai
anti bakteria dan antivirus manakala neem atau daun bambu berkesan sebagai anti
virus.
Allah yang lebih
mengetahuinya...
Kata kunci:
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.