Pokok Kelulut Suka
Madu terhasil dari
nektar tumbuhan yang bercampur dengan enzim yang terdapat dalam perut lebah
kelulut. Roti lebah adalah hasil pengumpulan debunga bunga. Propolis adalah
campuran lilin lebah dan damar (resin) dari pucuk atau bunga yang
dikumpul oleh lebah kelulut.
Kelulut aktif sepanjang hari yakni sepanjang 365 hari setahun. Anda boleh hampirkan telinga anda ke corong kelulut pada waktu malam dan dengar bunyi dengungan kepak. Gerombolan kelulut mengunakan kepak bagi menghalau gas keluar dari sarang dan menarik gas segar ke dalam sarang. Aktiviti ini sebagai perkara perlu untuk pengudaraan sarang agar ada pertukaran udara yang berkesan berlaku di dalam sarang seterusnya dapat membekalkan udara bersih yang diperlukan oleh ratu, telur dan lebah muda yang lain. Aktiviti ini juga berfungsi menghalang sarang dari menjadi terlalu panas atau terlalu sejuk. Tetapi, sekiranya anda meletakkan sarang kelulut di tengah panas, mungkin tindakan pengudaraan ini menjadi tidak berkesan menyebabkan sarang menjadi terlampau panas dan kelulut terpaksa meninggalkan sarang yang tidak sesuai di duduki. Sifat kelulut yang tidak berehat mungkin punca jangka hayat umur seekor kelulut tidak panjang. Maha Suci Allah yang Maha menciptakan segala sesuatu dengan ajaib!
Lebah kelulut tidak
dapat terbang jauh jika hari hujan. Jika kelulut
terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk mencari
makan, ini menyebabkan ada lebah kelulut tidak sempat pulang ke sarang sebelum
matahari terbenam. Lebah kelulut ini terpaksa menumpang rehat di pokok
atau batu dalam perjalanan dan meneruskan perjalanan balik ke sarang pada esok
pagi.
Apa yang patut ditanam?
Apa yg perlu diambil kira?
Apa yg perlu diambil kira?
Pokok mesti
dari jenis yang disukai lebah kelulut kerana bukan semua pokok bunga kelulut
suka hurung kunjung walaupun pokok itu berbunga lebat atau berbunga sepanjang
tahun.
Pokok cepat
berbunga, berbunga sepanjang tahun dan jangka hayat lama.
Keluasan ruang
sekitar rumah anda :
Untuk kawasan luas – tanam pokok kekal.
Bagi kawasan sempit - tanam dalam pasu.
Pokok bunganya kembang sepanjang hari sebab lebah kelulut bekerja sepanjang hari mengangkut nektar dan pollen. Kelulut akan ulang alik dari sarang sumber makanan setiap hari. Lagi jauh jarak makanan ke sarang maka lagi banyak masa dan tenaga dibazirperlukan untuk mengangkut madu dan roti lebah balik ke sarang.
Pokok lasak mudah
dijaga, boleh tahan cuaca melampau yakni kelembapan kering atau air bertakung pada
musim hujan.
Pokok bunga setempat berkelompok. Mudahkan kelulut bergerak dari bunga ke bunga tanpa perlu membazir tenaga jika jarak sarang ke pokok adalah jauh.
Pokok yang beri hasil kepada manusia seperti pokok belimbing, pokok kelapa dan pokok limau kasturi.
Antara contoh pokoknya :
Mengkudu
Limau kasturi
Semalu
Bunga Raya
kuncup
Akasia mangium
Belimbing madu
Selasih
kelapa
Rumput israel
Ulam raja - berbunga sepanjang tahun, kembang sepanjang
hari,
Markisa - berbunga sepanjang tahun. Bunga kembang petang sahaja.
Turneria - berbunga sepanjang tahun. kembang pagi sahaja
Senarai
Bunga yg ada madu dan kelulut suka hurung kunjung
2. Kesidang
4. Kemunting
5. Purana
6. Azura
/ Jarum Mas
7. Melur
8. Belimbing
buluh
9. Lavender
10.
Pandorra
11.
Kenanga
12.
Rojai
13.
Kemboja
14.
Bidara
17.
Bunga Matahari
18.
Limau Kasturi
19.
Pisang
20.
Pseudo Mussaenda
Kalau info penulisan ini salah, mohon beri teguran pembetulan....
Terima kasih
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.