Total Pageviews

Sunday, 1 April 2018

doktor dipenjara 10 tahun


Dituduh lacur budak, bakal doktor dipenjara 10 tahun





PUTRAJAYA, 30 Mac — Seorang bakal doktor dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti pelacuran seorang kanak-kanak pada 2017.
Khairul Azzuar Yussof, 30, pelajar perubatan dan pembedahan sebuah universiti di Mesir, turut dihukum satu sebatan selepas menukar kepada pengakuan itu.
Mahkamah mengarahkan hukuman itu dijalan berasingan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara 14 tahun bagi satu kes yang lain, lapor Kosmo!.
Tertuduh didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran seorang kanak-kanak 14 tahun melalui aplikasi WeChat, pada 27 Februari 2017.    
Anak bongsu tujuh beradik tersebut didakwa terlibat melakukan aktiviti itu di sebuah hotel di ibu negara, antara jam 2 petang hingga 3.30 petang.
Mahasiswa itu didakwa bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan sebatan.
Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak menasihatkan tertuduh agar menggunakan peluang hukuman berkanaan demi memperbaiki diri sendiri.
“Saya harap awak dapat gunakan pengetahuan dalam bidang perubatan untuk membantu banduan-banduan yang berada di penjara,” kata Hakim Yong Zarida Sazali.







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.