Doktor tersalah potong payudara
Hilang Payudara Kiri, Suri Rumah Saman Kerajaan,
Hospital
KUALA LUMPUR: Seorang suri
rumah bertindak menyaman kerajaan dan doktor atas sebab kecuaian, mendakwa
prosedur jantung yang dilakukan terhadapnya telah menyebabkan beliau kehilangan
payudara sebelah kiri.
I. Pertemahwadi menamakan pakar kardiotorasik di
Hospital Serdang Dr Abdul Muiz Jasid dan kerajaan sebagai defendan.
Beliau memfailkan tuntutan sivil di pejabat pendaftar
Mahkamah Tinggi pada Khamis melalui peguam utama Datuk Dr Arunan Selvaraj.
Bercakap kepada media di sini, Arunan berkata anak
guamnya telah memfailkan tindakan undang-undang kerana pihak hospital gagal
memberi penjelasan mengenai kejadian itu, yang didakwa berlaku apabila doktor
melakukan pembedahan pintasan jantung terhadap anak guamnya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.