KUALA
TERENGGANU – Trend menternak kelulut sudah tidak asing lagi. Jadi tidak
hairanlah ia juga menjadi pilihan seorang pesara kerajaan, Saad Mahmud, 61,
yang turut memilih untuk menternak haiwan tersebut sebagai sumber
pendapatan tambahannya selepas bersara.
Menurutnya,
dia mengusahakan ternakan tersebut secara kecil-kecilan bersama salah seorang
anaknya, Muhammad Syawal Saad, 25, yang juga menunjukkan minat yang sama,
bermula pada awal Januari lalu.
Bagi
menjayakan projek ini, dia mengeluarkan modal hampir RM10,000 bagi menyediakan
20 sarang (lot kayu) dan juga pelbagai peralatan lagi.
Sebahagian
sarang diletakkan di kebun buah-buahan milik keluarganya di Pengkalan Berangan,
Marang manakala sebahagian lagi diletakkan di halaman rumahnya sahaja bertempat
di Lorong Haji Da, di sini.
“Sebenarnya
saya telah lama berhasrat untuk menternak kelulut kerana percaya akan khasiat
dan juga permintaan terhadap madu itu tetapi kekangan masa dan juga kewangan
menyebabkan hasrat tertangguh.
“Sebaik
sahaja bersara akhir tahun lalu, saya terus fokus mengusahakan ternakan kelulut
ini,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Lorong Haji Da.
Berbekalkan
segala info berhubung ternakan kelulut dipelajari di internet oleh Muhammad
Syawal selain maklumat asas yang diketahuinya melalui pembacaan dan juga
rakan-rakan, dia memberanikan diri menceburkan diri dalam bidang ternakan
kelulut secara serius.
Disebabkan
pada awal Januari, Terengganu masih dilanda musim tengkujuh, jadi ternakan
kelulut tidak dapat mengeluarkan hasil namun dia tidak berputus asa kerana
yakin ia akan membuahkan hasil cuma cepat dan lambat sahaja.
“Sebaik
sahaja tengkujuh berakhir (April lalu), pokok-pokok mula menghasilkan
bunga-bunga, jadi aktiviti mengumpul madu bermula. Dalam tempoh dua minggu
sahaja, dengan 20 sarang (kelulut), dapat mengumpul kira-kira lima kilogram
madu (kelulut).
“Menariknya,
madu yang terhasil mempunyai rasa berbeza di dua lokasi itu, namun tetap
menghasilkan madu asli yang manis dan berkhasiat. Malah katanya, warna madu
yang dihasilkan kelulut juga tidak sama,” katanya.
Setakat
ini, madu kelulut ini dijual kepada rakan-rakan serta saudara mara dengan
menggunakan jenama Madu Kelulut Sri Kundur.
Kini,
dia telah menambah 20 lagi sarang apabila melihat potensi madu kelulut dan
harganya juga telah mencecah lebih RM250 sekilogram dan juga melihat respons
daripada rakan-rakan yang juga telah mencuba madu kelulut ternakannya itu.
Dia
juga berhasrat menambah bilangan sarang kelulutnya pada masa akan datang kerana
mempunyai tempat yang sesuai namun modal yang terhad menyebabkan dia hanya
fokus dengan apa yang dimilikinya buat masa ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.