Bakal doktor lacurkan budak dipenjara lagi 10 tahun
Seorang
siswazah perubatan sebuah universiti di Mesir hari ini dipenjara 10 tahun
dengan satu sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak atas
kesalahan hidup daripada hasil persundalan seorang kanak-kanak perempuan
berumur 14 tahun.
Hakim
Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul Azzuar Yusoff, 30,
selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah ketika sebutan kes itu hari
ini semasa perbicaraan kes tersebut dengan pihak pendakwaan telah memanggil
tujuh saksi.
Mahkamah
memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu serentak dengan hukuman penjara 10
tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Datin
M. Kunasundary semalam (28 Mac) atas tuduhan menjadi orang tengah dalam
kegiatan persundalan dan hidup daripada hasil persundalan menggunakan aplikasi
WeChat sebagai medium untuk berurus niaga.
Bagaimanapun,
tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara 10 tahun itu selepas dia
selesai menjalani hukuman penjara 14 tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan
hakim sama (Kunasundary) pada 23 Mac lepas atas kesalahan sama.
Yong
Zarida dalam keputusannya berkata hukuman yang diputuskan mahkamah adalah
sebagai pengajaran atas perbuatan yang dilakukan tertuduh.
“Ini
peluang kedua kamu untuk kembali ke jalan yang benar. Baiki diri kamu selepas
ini. Kamu seorang yang pandai dan berpelajaran tinggi malah boleh tawarkan
perkhidmatan untuk kebaikan banduan di sana. Jangan musnahkan masa depan kamu
lagi dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri selepas ini,” katanya.
Khairul
Azzuar didakwa hidup daripada hasil persundalan kanak-kanak itu di sebuah hotel
di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, pada 2 petang sehingga 3.30 petang, pada 26 Jan
2017 mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum 15 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
Timbalan
Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar memohon hukuman setimpal atas alasan
Khairul Azzuar menukar pengakuan bersalah selepas beberapa saksi dipanggil
memberi keterangan dan bukan membuat pengakuan itu di peringkat awal kes.
“Ini
adalah kesalahan yang serius dan bukan sahaja salah dari segi undang-undang
malah dari sudut agama. Tertuduh adalah seorang yang bijak dan sebagai orang
dewasa sepatutnya boleh membuat pertimbangan antara yang salah dan benar.
“Kes
ini membabitkan kanak-kanak yang mudah terpengaruh. Pohon mahkamah mengenakan
hukuman yang wajar supaya tertuduh insaf dan tidak mengulangi semula kesalahan
itu apabila bebas nanti,” katanya sambil menambah tertuduh tidak sepatutnya
mengambil kesempatan ke atas mangsa.
Peguam
Suzanawati Ismail, yang mewakili Khairul Azzuar memohon hukuman ringan atas
alasan anak guamnya telah insaf dan memohon supaya diberikan peluang kedua
terhadapnya.
“Anak
guam saya adalah penuntut dalam jurusan perubatan dan pembedahan. Dia kini
insaf dengan perbuatan itu dan mohon diberikan peluang kedua kerana akibat kes
ini dia dibuang keluarga dan masa depannya turut musnah,” katanya.
Mengikut
fakta kes, mangsa mengesahkan kepada pihak polis bahawa dia membuat aktiviti
pelacuran selepas ditawarkan oleh tertuduh dan mendakwa telah mendapat bayaran
khidmat seks yang diberikan oleh dua pelanggannya tetapi wang itu kemudiannya
diberikan kepada tertuduh.
Sementara
itu, Khairul Azzuar yang ditempatkan di Penjara Kajang, memohon supaya dia
dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh untuk memudahkan ibu dan anggota keluarga
melawatnya, bagaimanapun mahkamah berkata ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk
mengeluarkan perintah itu dan menasihati tertuduh supaya memohon dengan pihak
penjara. -Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.