Total Pageviews

Sunday, 1 April 2018

Sejarah sebenar Jepun yang digelapkan



Sejarah Islam Yang Digelapkan- Turki, Jepun dan Tanah Melayu






Sebelum kejatuhan Sultan Abdul Hamid, baginda sempat mengadakan persefahaman dengan Jepun. Jepun dan Jerman mempunyai perancangan ketenteraan untuk menghadapi British dan Perancis. Turki yang turut mempunyai hubungan dengan Jerman yang bersama-sama menentang pasukan berikat Bristih dengan sekutunya, membuka jalinannya dengan Jepun dalam usaha menghadapi imperialisme pasukan Berikat di rantau Islam termasuk Alam Melayu yang ketika itu berada di bawah penjajah British, Belanda dan Sepanyol. 


Turki menghantar kapal Artaghal/Ertughrul ke Jepun dalam misi persefahaman tersebut. Kapal yang melalui Singapura disambut meriah oleh umat Islam yang diharapkan bakal membebaskan rantau Melayu daripada penjajah Barat. 

*Boleh rujuk entry sebelumnya (Jepun Dan Islam-Tenggelamnya Harapan Ummah )*

Hasil hubungan ini, dua orang diplomat Jepun iaitu Yamada dan Mosyadana telah memeluk Islam. Pada awalnya dikatakan Mitsutaro Takaoka adalah muslim pertama yang memeluk Islam pada tahun 1909. Setelah menunaikan haji beliau menukarkan namanya menjadi Omar yamaoka. Namun kajian terbaru meletakkan Yamada sebagai muslim pertama Jepun. Beliau dikatakan telah mengunjungi Turki bagi menyampaikan rasa simpati ke atas musibah tenggelamnya Ertugrul. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan diberi nama Abdul Khalil.

Kerjasama ini akhirnya meletakkan sejarahnya yang tersendiri apabila masjid pertama dibina di Yokohama yang menjadi permulaan syiar Islam bertapak di Jepun. Masjid yang paling penting adalah masjid Kobe yang dibangun pada 1938 [yang merupakan satu-satunya masjid yang masih kekal hingga hari ini]. Kerjasama ini dirancang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British, Jawa dan Sumatera daripada penjajahan Belanda. Namun media Britishmenutup rapat berita tersebut serta mengumumkan bahawa pejuang Islam yang meyokong Jepun (khususnya dalam Perang Dunia II kemudiannya) sebagai pembelot negara manakala tali barut mereka yang menjadi tentera British dianggap hero nusa dan bangsa. Catatan paradoks ini masih kekal dalam penulisan sejarah tanah air.

Seorang pendakwah gigih Turki yang bernama Abd al-Rasyid Ibrahim mengembara ke Jepun, Korea, India dan China untuk menyeru manusia kepada Islam. Tokoh ini menubuhkan persatuan Asia al-Kubrauntuk tujuan tersebut. Beliau bertemu dengan tokoh ilmuwan Muslim termasuk Syeikh Jamaluddin al-Afghani, Badiuzzaman Said Nursi, Ahmad Wafiq Pasha dan Syeikh Syamil, pejuang Rusia. Sultan Abdul Hamid turut memberi sokongan kepada tokoh tersebut tetapi kedudukan ekonomi Uthamaniyah ketika itu sangat meruncing serta masalah dalam negeri menyebabkan sokongan pengembangan Islam di Timur Jauh tidak begitu menyeluruh. Ketika di Jepun Abd al-Rasyid menulis buku bertajuk al-Alam al-Islami. 


  
Di Tanah Melayu, Sultan Di Tanah Melayu, Sultan Abdul Hamid turut menjalinkan hubungan dengan Sultan Johor dalam usaha yang sama. Turki membuka kedutaan di Singapura dan Batavia pada tahun 1864 dan 1883 masing-masingnya, untuk mengeratkan hubungan tersebut. Perundangan Islam Majallah al-Ahkam al-Adillah atau dikenali sebagaiMejalle dalam kalangan penulis orientalis, yang menjadi perundangan Turki dikembangkan ke Johor untuk dilaksanakan. Sultan Johor pernah mengunjungi Istanbul lalu disambut dengan penuh penghormatan oleh Sultan Abdul Hamid dengan pingat kebesaran Turki. Sultan Johor turut menganugerahkan pingat kebesaran Johor kepada pegawai tinggi.




Apabila golongan Arab Hadrami atau Ba` Alawi ditindas di bawah pentadbiran Belanda di Batavia, maka Sultan Abdul Hamid mengutus dutanya untuk pembelaan golongan tersebut. Golongan Sayyid keturunan Saidina Ali sering menerima mihnah dan tribulasi yang hebat sepanjang sejarahnya, lalu ada yang mengambil keputusan merantau ke dunia sebelah timur termasuk Alam Melayu lalu membentuk satu keluarga yang berpengaruh di dunia baru mereka. Ramai golongan ini dilantik sebagai sultan, pemimpin, ulama dan tokoh masyarakat yang terkenal dalam sejarah rantau Melayu termasuk Acheh, Brunei, Melaka, Patani, Cermin, Jawa, Johor, dan rantau sekelilingnya.



Hubungan ini akhirnya gagal diteruskan dalam keadaan masyarakat yang ketika itu kebanyakannya masih nyenyak tidur di bawah penjajah British. Sebahagian pemimpin bangsa pula sedang bersekongkong dengan penjajah untuk menjajah bangsanya sendiri. Dan saat itu juga Sultan Abdul Hamid dijatuhkan oleh satu konspirasi pada tahun 1909.



Mufti Uthmaniyyah sendiri iaitu Diauddin Affendi yang dilantik baginda yang mengeluarkan fatwa pemecatan baginda. Peristiwa ini didalangi oleh tiga perancang utama: Aram Affendi seorang Kristian, Amanuil Su seorang Yahudi dan Theodore Hertzel pemimpin Freemason Yahudi. Ketika pemecatan tersebut baginda sempat bertanya kenapa lelaki Yahudi itu (Hertzel yang sangat dibenci baginda) ada bersama majlis pemecatan tersebut?





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.