SETIAP kali berkunjung ke Cameron Highlands, Pahang untuk bercuti,
Muhammad Farhan Abdul Rahman, 28, pasti membeli beberapa botol madu yang banyak
dijual di kawasan peranginan tanah tinggi itu.
Khasiat madu yang dikatakan
boleh memberi tenaga tambahan selain meningkatkan sistem imun tubuh badan
antara faktor yang mendorong Muhammad Farhan untuk meminati hasil lebah itu.
�Harga madu yang dijual sangat murah berbanding kawasan lain
iaitu sekitar RM15 hingga RM20 sebotol kecil bagi madu jenis tualang dan
kelulut.
�Biasanya, saya akan membeli kira-kira enam botol untuk diberikan
kepada ahli keluarga yang lain.
�Bagaimanapun, saya terkejut apabila akhbar Kosmo! mendedahkan,
kebanyakan madu yang dijual di Cameron Highlands, Simpang Pulai dan Tapah di
Perak adalah tiruan serta tidak asli. Bila diselidiki, madu itu sama seperti
yang selalu saya beli.
�Patutlah saya tidak merasai apa-apa kesan kesihatan sepanjang
lebih dua tahun mengamalkan madu itu.
�Saya harap, pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas dan bersepadu
bagi memantau penjualan madu tiruan,�
ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Muhammad
Farhan menambah, semua madu yang pernah dibeli mempunyai rasa, warna serta
struktur yang sama seperti madu asli.
Seorang
penternak madu kelulut di Kampung Rinching Hilir, Bangi, Selangor, Fadirul Fais
Baharudin, 29, pula berkata, walaupun jualan madu asli tidak terjejas dengan
lambakan madu tiruan, dia bimbang perkara itu akan merosakkan industri
berkenaan jika pengguna hilang kepercayaan terhadap hasil madu.
�Harga pasaran madu kelulut sekitar RM290 sekilogram manakala
madu lebah tualang RM190 tetapi madu tiruan pula dijual serendah RM30 untuk
sekilogram. Kebanyakan pengguna menjadi rambang mata apabila ditawarkan madu
dengan harga yang lebih murah.
�Sukar untuk saya menjelaskan kepada pelanggan mengapa terdapat
madu yang lebih murah. Mahu dakwa madu murah itu sebagai tiruan, kami tiada
bukti.
�Saya hanya boleh nasihatkan mereka supaya beli terus daripada
penternak atau pencari madu asli,�
ujarnya.
Madu
lebah dan kelulut mempunyai banyak khasiat kepada manusia sama ada sebagai
bahan pemanis semula jadi, penjagaan kesihatan dan kecantikan serta merawat
pelbagai jenis penyakit.
Khasiat
itu telah diketahui semenjak peradaban awal manusia sekitar 2,000 sebelum
Masihi berdasarkan kepada penemuan batu bersurat mengenai madu yang dijumpai di
Sumeria (kini Iraq).
Analisis
makmal
Bagaimanapun,
ramai orang tidak sedar, kira-kira 80 peratus hasil madu yang dijual di pasaran
negara merupakan madu tiruan dan boleh mengundang bermacam-macam penyakit jika
diambil secara berterusan.
Akhbar
Kosmo! baru-baru ini turut mendedahkan kewujudan madu tiruan apabila 15 sampel
madu yang dibeli di pasaran didapati tiruan melalui analisis makmal di sebuah
makmal swasta di ibu negara.
Lambakan
madu tiruan di pasaran ketika ini menggusarkan pengguna kerana tiada agensi
atau peraturan yang mewajibkan penyemakan status ketulenan madu itu sebelum
dijual kepada pengguna.
Pakar
Penyelidik Madu Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Wan Iryani Wan Ismail
menjelaskan, madu dihasilkan daripada sumber nektar bunga atau air sap tumbuhan
melalui beberapa proses fisiologi tertentu di dalam perut lebah atau kelulut.
Jelas
beliau, madu itu akan disimpan di dalam sarang yang dibina sehingga menjadi
matang dan sesuai dituai untuk pelbagai kegunaan.
�Berbeza dengan madu tiruan, ia boleh dibahagikan kepada dua
iaitu madu campuran dan madu sintetik.
�Madu campuran mempunyai kandungan madu lebah asli tetapi dalam
kepekatan yang rendah dan dicampur bahan lain seperti air gula tebu untuk
mendapatkan kuantiti yang banyak.
�Madu sintetik pula dihasilkan dengan menggunakan sirap jagung
berfruktosa tinggi atau air gula seratus peratus tanpa campuran madu asli.
�Air gula Melaka juga diguna untuk mendapatkan warna kuning
keperangan seperti warna madu lebah asli,�
katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Tambah
Wan Iryani, terdapat juga produk tiruan di pasaran yang mencampurkan madu lebah
asli murah dengan air limau, lemon atau cuka untuk menghasilkan madu kelulut
bagi memperoleh keuntungan berganda berikutan harga yang mahal.
Beliau
berkata, keadaan bertambah buruk apabila terdapat penjual madu yang berani
menambah pelbagai bahan kimia terlarang seperti tadalafil iaitu sejenis bahan
perangsang seks untuk menghasilkan khasiat madu tiruan yang sama dengan madu
asli.
�Kajian yang dilakukan oleh mantan profesor di Universiti Malaya,
Dr. Kamaruddin Mohd. Yusoff sekitar 2005 mendapati, sebanyak 77 peratus madu
yang dijual di pasaran di seluruh Malaysia adalah tidak asli.
�Pihak berkuasa menggunakan hasil kajian itu untuk mengekang
aktiviti penjualan madu tiruan.
�Bagaimanapun aktiviti penghasilan dan penjualan madu tiruan
dilihat kembali rancak sejak akhir-akhir ini,�
ujarnya.
Menentukan
keaslian madu adalah satu proses yang kompleks kerana kaedah tradisional yang
sering digunakan oleh masyarakat di Malaysia tidak tepat dan diragui selain
bertentangan dengan ciri-ciri madu asli.
Jelas
Wan Iryani, kaedah makmal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah
berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh Codex Standard for Honey, Stan 12-1981
(Codex).
Parameter
Kaedah
Codex menetapkan beberapa parameter yang perlu diukur untuk menentukan keaslian
sesuatu madu antaranya, kandungan 5-hydroxymethylfurfural (HMF), gula penurun,
gula sukrosa, aktiviti enzim dan beberapa parameter lain.
�Bagaimanapun, kesemua parameter itu perlu diukur kerana
sesetengah parameter dapat ditiru dalam penghasilan madu tiruan dan wujud dalam
madu asli yang berkualiti rendah,�
katanya.
Sebagai
contoh, kandungan sukrosa dalam madu asli yang tidak melebihi lima peratus
dapat dihasilkan dalam madu sintetik apabila kandungan utama madu tiruan itu
menggunakan sepenuhnya bahan kimia tanpa campuran gula.
�Kandungan HMF yang melebihi paras dibenarkan oleh Codex iaitu 80
miligram bagi setiap kilogram madu turut hadir dalam madu asli yang berkualiti
rendah seperti madu yang dipanaskan dengan suhu terlampau tinggi untuk
mengurangkan kandungan air.
�Bagaimanapun, kandungan HMF hampir tidak didapati jika sesuatu
madu itu segar atau baru dituai,�
katanya.
Timbalan
Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Makanan
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi
berkata, madu asli sangat istimewa kerana ia mengandungi pelbagai jenis enzim
semula jadi.
Katanya,
kehadiran enzim itu memberi kebaikan kepada sistem penghadaman manusia kerana
ia boleh memecahkan bahan bersaiz besar seperti kanji, protein dan gula selain
bagus untuk mengubati sakit perut akibat ketidakhadaman.
�Ketulenan sesuatu jenis madu sebenarnya boleh diukur dengan
kehadiran enzim-enzim ini. Teknik yang saya dan rakan-rakan bangunkan di MARDI
ialah dengan mencampurkan madu herba terpilih dan dibiarkan pada tempoh masa
tertentu.
�Jika madu itu tulen, ia boleh memecahkan bahan berkhasiat
tertentu dalam herba terpilih dengan membentuk struktur yang lebih kecil kerana
madu tulen mengandungi enzim,� katanya.
Tambah
Suri, kehadiran bahan antioksidan seperti fenolik dalam madu juga boleh
dijadikan sebagai kayu pengukur ketulenan madu kerana bahan itu hadir dalam
bunga dan buah yang menjadi makanan lebah.
�Jika madu ditambah dengan sumber gula lain, biasanya bahan
fenolik ini akan diikat dengan gula yang ditambah dan ia bakal berkurang atau
tidak dapat dikesan lagi apabila diuji menggunakan peralatan makmal,�
ujarnya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.