Ratu kelulut jadi lebah dalam masa tiga bulan
Kotak kayu itu menempatkan
jejaring bertekstur seakan-akan lilin dan ratusan kantung kecil.
Kelulut bersaiz besar yang
dimaksudkan oleh Siti Nur Farhana itu merupakan permaisuri bagi koloni
tersebut. Saiznya hampir menyamai seekor langau.
Menurut Pakar Pengkaji Lebah
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli, Dr. T. Kumara, kelulut
merupakan jenis lebah tidak bersengat yang biasanya ditemui di dalam hutan
primer atau pinggir hutan sekunder seperti kebun dan ladang.
Kelulut merupakan agen pendebungaan
di hutan untuk kebanyakan spesies buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
�Koloni
kelulut yang menempatkan pekerja dan tentera ditadbir oleh seekor ratu. Kesemua
pekerja merupakan kelulut betina manakala yang jantan akan balik ke sarang
untuk mengawan dengan ratu pada musim mengawan.
�Ratu
mempunyai kuasa mutlak untuk menguruskan koloni dan menghasilkan telur sama ada
telur ratu atau pekerja,� katanya sewaktu ditemui Kosmo! di kampus berkenaan baru-baru
ini.
Dalam sebuah haif (sarang)
lebah, bahagian bawah merupakan pusat operasi yang menempatkan pemerintahan
ratu, kilang pekerja dan �nurseri� untuk telur ratu.
Bahagian atas pula merupakan
gudang untuk menyimpan madu dan debunga serta jaringan propolis.
Walaupun pada masa-masa
tertentu koloni kelulut mempunyai dua atau lebih ratu bertelur, namun hanya
terdapat seekor ratu reproduktif dalam sesebuah koloni.
Malah, biarpun ratu dara
dihasilkan berkala, tetapi kebanyakannya dibunuh atau tidak sempat menghasilkan
telur.
Ratu lebah hanya mengawan
sekali sahaja dalam seumur hidup dan akan terus bertelur antara 50 hingga 350
biji sehari dalam tempoh dua hingga tujuh tahun hayatnya.
Selepas mengawan dan menyimpan
telur di dalam kantung, ratu lebah tidak boleh terbang kerana sayapnya tidak
mampu menampung abdomen yang membesar tiga kali ganda daripada saiz lebah
pekerja.
Pada waktu itu, ratu hanya
mampu berjalan untuk melihat lebah kerja melakukan tugas.
Malah, tidak seperti telur
haiwan lain yang menetas secara semula jadi, telur kelulut ditetaskan pekerja
dalam tempoh pengeraman antara 16 hingga 20 hari.
Dalam sistem lebah, lebah
betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu bergantung kepada jumlah makanan
yang ia terima semasa di peringkat larva. Ratu diberi makan jeli raja dan lebah
pekerja diberi makan debunga.
Ratu lebah
Sinonim dengan namanya, lebah
pekerja mempunyai jangka hayat hidup lebih singkat iaitu antara 75 hingga 100
hari kerana kekurangan sumber makanan atau terlalu kuat bekerja. Justeru,
kelulut akan mula bekerja beberapa hari selepas ia menetas.
Peluang bertemu empat mata
dengan ketua penyelidik madu kelulut itu juga menemukan suatu dapatan menarik.
�Saya
sedang membangunkan satu teknologi untuk menghasilkan ratu lebah. Setakat ini,
dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan hasil yang positif,� ujar
anak kelahiran Pulau Pinang itu.
Bagi menampung bekalan madu
serta memudahkan akses pengguna terhadap madu asli, suatu teknologi khas untuk
menghasilkan ratu lebah kelulut telah dicipta oleh kumpulan penyelidik UMK yang
diketuai oleh Kumara.
Kit yang dinamakan SLB Liv Kit
itu bersifat mudah bawa, ringkas dan senang diselia. Terdapat dua jenis kit
iaitu penjagaan bermula daripada larva (telur) atau pupa (kepompong).
�Alat
khas seperti jarum yang panjang akan digunakan untuk mengumpul telur dan pupa
daripada haif sebelum dimasukkan ke dalam slot kecil dalam kit penghasilan ratu
lebah.
�Makanan
khas akan diberikan kepada larva dan pupa. Satu peket makanan mampu bertahan
selama sebulan,� jelas Kumara.
Kotak SLB Liv Kit hanya perlu
dibiarkan dalam persekitaran bersuhu bilik supaya ia membesar. Tempoh masa yang
diambil untuk pupa atau larva membesar menjadi seekor ratu lebah ialah selama
dua hingga tiga bulan.
Penolakan
Menurut Kumara, setiap ratu
dara yang terhasil akan diberikan induksi terlebih dahulu. Ratu akan diletakkan
dalam satu tiub jernih sebelum memasukkannya ke dalam haif koloni lebah asal.
Pemerhatian secara berkala
dalam tempoh seminggu akan dilakukan bagi memastikan koloni asal lebah dalam
haif itu dapat menerima ratu dara tersebut atau tidak.
�Pada
awalnya, lebah asal koloni akan menunjukkan penolakan dengan cara mengerumuni
lebah dara seolah-olah ingin menerkam atau membunuhnya.
�Namun,
jika koloni tersebut sudah mula menerima ratu dara, mereka akan bereaksi biasa
dan tidak lagi bersifat ingin menyerang. Itu tandanya koloni tersebut sudah
boleh menerima ratu dara,� jelasnya.
Tambahnya, jika sesuatu koloni
tidak dapat menerima ratu dara tersebut dan kelihatan sentiasa mencari peluang
untuk menyerang, maka ia tidak sesuai dalam koloni tersebut. Ia akan
dipindahkan ke dalam haif lain.
Sebaliknya, apabila sesebuah
koloni sudah terbiasa dengan ratu dara, sebahagian koloni lama akan dipindahkan
ke haif lain bagi membentuk koloni baharu.
�Haif
asal akan dibahagikan kepada dua. Bagi mengelakkan perasaan asing, sebahagian
koloni daripada haif induk akan dimasukkan ke dalam haif baharu supaya lebah
pekerja yang berpindah masuk ke dalam haif baharu tidak janggal.
�Pertambahan
bilangan ratu bermaksud jumlah koloni lebah kelulut juga menjadi lebih banyak.
Dalam erti kata lain, bekalan madu juga akan bertambah sekali gus mampu
memenuhi permintaan pengguna madu,�
ujarnya.
Sementara itu, Kumara
memberitahu, idea mencipta kit tersebut timbul selepas dua tahun melakukan
kajian untuk menambahbaik teknik menghasilkan ratu kelulut.
Beliau kemudiannya
mengembangkan kajian untuk mencipta kit penghasilan ratu pada tahun lepas
sebelum ia mula diperkenalkan secara rasmi dan dipatenkan pada tahun ini.
Bengkel
Sehingga kini hanya spesies
lebah Geniotrigona thoracica digunakan untuk menghasilkan ratu kerana ia lebih
mudah dikendalikan.
Hasil kejayaan itu, Kumara
telah mengadakan bengkel latihan kepada penternak kelulut bagi berkongsi
pengetahuan dan cara penggunaan SLB Liv Kit.
Set SLB Liv Kit boleh didapati
pada harga RM2,500 termasuk latihan intensif.
Sementara itu, Pakar Madu UMK,
Dr. P. V. Rao, memberitahu, kesedaran masyarakat terhadap khasiat madu untuk
kesejahteraan dan kesihatan diri semakin bertambah pada masa kini.
�Madu
bukan sahaja bermanfaat untuk melestarikan kesihatan diri, malah penghidap
kencing manis juga boleh mengambil madu secara konsisten tanpa khuatir ia akan
menaikkan paras gula dalam darah.
�Pengambilan
madu secara teratur dapat meningkatkan pengeluaran insulin yang berfungsi untuk
mengawal paras gula dalam darah secara semula jadi,� kata
anak kelahiran India ini.
Jelas Rao, madu juga dapat
meningkatkan sistem imun tubuh seseorang serta mengubati luka sekiranya ia
disapu pada tempat yang sakit.
Rao sempat menitipkan pesan
agar mengambilnya secara konsisten setiap hari dalam kuantiti bersesuaian.
�Pengambilan
madu sebaiknya diselaraskan dengan berat badan seseorang. Setiap kilogram (kg)
badan adalah bersamaan dengan pengambilan 1 gram (g) madu setiap bulan.
Contohnya jika seseorang itu mempunyai berat 60kg, maka jumlah madu yang perlu
diambilnya ialah sebanyak 60g sebulan,�
kongsinya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.