Total Pageviews

Sunday 1 April 2018

Elak lambakan doktor kelas tiga


Elak lambakan doktor kelas tiga



KUALA LUMPUR Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula.

Ketika ini ramai pelajar boleh mendaftar kursus perubatan dengan mudah walaupun mereka sebenarnya tidak layak. Mereka langsung tidak memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas apabila sudah bekerja nanti,�� katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau diminta mengulas keputusan Kementerian Pengajian Tinggi membekukan kursus baharu perubatan di IPT tempatan berkuat kuasa 1 Mei lalu hingga 30 April 2016. Tindakan itu dilakukan bagi memastikan pelajar perubatan mendapatkan latihan yang berkualiti dan menjadi seorang pegawai perubatan berdaya saing.

Kwang Leng menjelaskan, semua IPT di negara ini sama ada ia milik kerajaan mahupun swasta, bertanggungjawab sepenuhnya dalam melahirkan pegawai perubatan berkualiti tinggi. Jika pelajar terbabit tidak mampu bersedia daripada semua segi, bayangkan bagaimana mereka hendak berdepan dengan pesakit yang kritikal. Kita perlu melatih doktor yang terbaik dengan kualiti yang terbaik, katanya. Pada masa ini nisbah jumlah pegawai perubatan kepada pesakit adalah 1:1000. Bagaimanapun kementerian percaya bahawa nisbah 1:400 dapat dicapai menjelang 2020 biarpun pembekuan tersebut dilakukan.




Kita hairan kenapa bekukan pengambilan pelajar pelajar bakal bakal doktor daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) kerana memang telah terang lagi bersuluh para pelajar perubatan yang diserap masuk ke dalam IPTA dalam Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang hebat dalam matapelajaran, pelajar terbilang dan pelajar terbaik?????????





Kenapa kita tidak saring pantau perhalusi perincian kualiti atau pencapaian doktor doktor lepasan luar negara? 

Yakni apakah sama ada :-

1.  mereka benar benar terdiri daripada pelajar yang terbaik dari segala yang terbilang dan terhebat ?

2.  kualiti atau pencapaian doktor doktor lepasan luar negara samaada mereka betul benar dari pelajar aliran sains atau sebenarnya mereka adalah daripada golongan pelajar aliran sastera ?

3.  mereka memang dari kalangan mereka yang mendapat markah yang terbaik dan terhebat dalam pelajaran mereka ?

4.  mempunyai markah peperiksaan SPM dan karakter yang boleh dibangga harapkan?

5.  boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik serta memuaskan?

6.  mempunyai jati diri dan semangat juang tinggi, sedia berkhidmat di mana saja dan menurut arahan ketua jabatan apabila diarahkan melakukan sesuatu tugasan?

7.  mampu bersedia untuk melakukan sebarang tugasan yang datang muncul atau apa apa arahan yang diarahkan dengan sehabis daya dan cemerlang pada setiap masa tanpa banyak rungutan atau rasa tidak puas hati.






.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.