Total Pageviews

Sunday 1 April 2018

Allah Didik Kita Melalui Kelulut


Allah Didik Kita Melalui Kelulut


Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan ajaib. Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Yang Mahapengasih lagi Mahapenyayang. Allah saja yang berhak dipuji. Pada Allah tempat minta perlindungan dan tempat minta pertolongan. Salawat, Berkat, kebaikan, keselamatan dan maqam yang tinggi terpuji dan mulia kepada Rasul rasulNya.

Terdapat 33 spesies kelulut di Malaysia dan terdapat lebih 500 spesies kelulut di kawasan tropika dan kawasan subtropika di seluruh dunia. Lebah jantan mati selepas mengawan. Lebah juga mati selepas menyengat.

Kajian pihak MARDI mengatakan madu Kelulut mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang menggunakan Propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.

Menyedihkan kerana 80% madu dijual di pasaran adalah madu palsu.


Antara keperluan Lebah kelulut madu adalah:
1. Garam bukit – perlu diletak sedikit berhampiran sarang.
2. Kawasan selesa dan redup – tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
3. Tiada racun
4. Tiada asap
5. Tiada kebisingan
6. Dekat dengan sumber hutan berbunga




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.