Sejarah Benua Amerika Yang Digelapkan.
Red Indian Suku Cherokee Adalah Muslim
Jika anda melawat Washington DC,
pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh
melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah
satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku
Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.
Isi perjanjian itu antara lain adalah
mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan
pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam.
Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum
lelaki memakai turban (serban).
Kaum
wanita suku Cherokee menutup aurat
Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam
gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832.
Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.
Gambaran
pemakaian serban siku Cherokee
Bercakap tentang suku
Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam
suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan
menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada
1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal
abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri juga.
Acuan
gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres
Yang menariknya adalah aksara yang
dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan,
beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di
Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata “Muhammad” dalam bahasa
Bahasa Arab.
Nama-nama suku Indian yang berasal dari
bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga
ditemui di dalam
suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa,Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu,
dan Zuni.
Suku
Makah yang menutup aurat
Gadis
Zuni, 1903
Selain itu, beberapa ketua suku Indian juga
mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek,
Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux,
Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun
1835 dan 1870.
Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika
percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak
dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia
yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.
Seperti kata-kata seorang ketua Suku
Ohiyesa: “In the life of the Indian,
there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of
the Unseen and the Eternal“.
Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa
tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.
Sejarah
Islam Dan Suku Indian Cheeroke
Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red
Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika
itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh,
mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam
semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang
masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh
adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu
Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak
tercatat pada buku -buku akademik.
Cheng
Ho @ Zheng He @ Hajji Mahmud Shamsuddin
Para ahli geografi dan intelektual
dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika
adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun
957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad
bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal
tahun 1369).
Menurut catatan ahli sejarah dan ahli
geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah
seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua
Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin
al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan
bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912),
Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889,
menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya
sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai
barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju
daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku
‘Akhbar Az Zaman’ yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para
pedagang ke Afrika dan Asia.
Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa
semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti
Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari
pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan
berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke
Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang
begitu asing pada masa dulu.
Beliau juga menulis menurut catatan ahli
sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah
Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh
tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi
Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).
Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga
dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan
menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan
Mei 999.
Pelayaran melintasi Lautan Atlantik
dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel
Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan
Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya
mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh,
catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di
Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran
sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al
Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang
berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat
peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi
perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun
bermula dari Timbuktu.
Sultan yang tercatat akan eksplorasinya
hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu
saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali
ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai
Mississippi.
Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di
Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun
1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan
benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re’isi yang dibuat tahun
1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.
Kisah
Columbus Menemui Benua Amerika
Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri
mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad.
Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama
orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara
dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan
memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada
juga yang mengahwini orang-orang pribumi.
Columbus juga mengakui pada 21 Oktober
1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah
masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain).
Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini
sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.
Dan fakta yang perlu kita ketahui
adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal
Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente
Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan
persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER,
JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Martin
Alonso Pinzon
Vicente
Yanex Pinzon
Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai
orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir
dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand).
Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan
benua Amerika’ telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya
yang beragama Yahudi di Sepanyol.
Pelayaran Columbus ini telah dijadikan
popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan
kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang
kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia
dikuasai golongan Yahudi.
Fakta-fakta diatas memperlihatkan
ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika.
Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali
mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.
Laksamana
Zheng He (Cheng Ho)
Tahukah anda? sebenarnya laksamana
Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan
Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70
tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan
benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai
ke sana.
Salinan
peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418
Para peserta seminar yang dianjurkan oleh
Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan
satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama
Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya
terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.
Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti
tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana
Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies
memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah
orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.
Menurut Menzies, Zheng He ‘mengalahkan’
Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini
dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang
dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu
lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.
Menzies melakukan kajian selama lebih
dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga
pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software
Starry Night.
Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies
mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno
bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai
benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada
kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke
Amerika Selatan.
Perbandingan
armada Zheng He dan Colombus
Selama ini, masyarakat dunia mengetahui
sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari
itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri
Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian
daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta
menganut agama Islam.
Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah
mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim
yang taat.
Yunan adalah salah satu wilayah terakhir
pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming.
Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan
dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.
Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina
telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu
panglima laut paling termashyur di dunia
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.