KEAGUNGAN TAMADUN ISLAM YANG DIGELAPKAN.
Tanah Arab, seperti yang diketahui umum, adalah tapak asas
penubuhan daulah Islamiyyah yang terawal sekali. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
di kota Mekah bemakna telah bermulalah episod kelahiran agama Islam dalam
sejarah dunia. Selepas beberapa tahun, Kota Madinah telah menjadi kerajaan
Islam yang pertama ditubuhkan didunia apabila berlakunya peristiwa penghijrahan
Nabi s.a.w bersama para sahabat ke Kota Madinah.
Selepas kewafatan Nabi s.a.w, zaman era sahabat dan tabi’en
diteruskan, dan ketika ini begitu banyak negeri dan wilayah di sekitar
semenanjung tanah Arab dibuka oleh masyarakat Islam yang terdiri dari kalangan
sahabat, tabi’en dan tabi’nya.
Selepas zaman pasca-Khulafa’Ar-Rasyidin, kemunculan Daulah
Islamiyyah Umayyah, Abasiyyah, Fatimiyyah, Uthmaniyyah dan lain-lainnya
mengalami era kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan sepertimana yang tercatat
di dalam sejarah tamadun Islam. Kemasukan ilmu dari luar, seperti dari tamadun
Yunani dan sebagainya, telah membantu merencam pemikiran intelektual orang
Islam dalam pelbagai displin ilmu pengetahuan yang menjadi rujukan ilmuan dan
saintis di seluruh dunia termasuk Eropah.
Cordova, Baghdad, Andalusia, Kaherah, Basrah dan Kufah.
Masing-masing mencatatkan sejarahnya sendiri dengan melahirkan cendekiawan
perintis era zaman keemasan Islam. Tetapi tahukah anda, siapakah yang menjadi
tulang belakang pemangkin pada era kegemilangan ini?
Anda pernah mendengar nama Ibn Sina? Ibn Rusyd? dan bapa optik
moden iaitu Ibn Al-Haitami? Mungkin kita selalu mendengar nama mereka ini dalam
buku sejarah. Tetapi bukan sekadar dalam buku sejarah sahaja, bahkan nama
mereka di’inggeris’kan dan tercatat di dalam buku-buku falsafah dan sains
perubatan dengan nama Avicenna, Averrous dan AlHazen!!! Mengapa dengan mereka?
Mereka
itu adalah berbangsa Parsi.
Tidak ketinggalan juga kepada saintis dan ahli falsafah
berbangsa Parsi yang lain seperti al-Kindi, Omar al-Khayyam, al-Khawarizmi
(ahli fizik, astronomi dan matematik), Abd Rahman al-Biruni, Imam al-Gazali,
Jabir Bin Haiyam (bapa kimia), al-Mawardi (muhaddis dan tokoh feqh), al-Razi
(falsafah, perubatan dan astronomi) dan ramai lagi.
Jangan lupa juga kepada bapa Nahu dan Sorof iaitu Sibawaih
adalah berbangsa Parsi. Sasterawan ulung, Jalaluddin ar-Rumi. Pencetus idea Taj
Mahal iaitu Mumtaz Mahal. Wanita bijak dalam Kisah Seribu Satu Malam iaitu
Shaharzad. Meraka semua ini adalah berbangsa Parsi.
Ramai lagi tokoh-tokoh hadis dan ulama’-ulama’ muktabar, baik
dalam ilmu agama mahupun dalam ilmu nasional, yang berbangsa Parsi, telah
menjadi figura utama yang memainkan peranan ketika era ‘The Islamic Golden Age’
suatu ketika dahulu. (anda boleh merujuk Muqaddimah Ibn Khaldun dalam bab ke-2,
Ilmu Bumi)
Ahli sejarah menulis beberapa sebab mengenai kekuatan ilmu
pengetahuan bangsa Parsi. Antaranya adalah orang-orang Arab hanya lebih memberi
tumpuan dalam sistem politik dan dan tampuk pemerintahan, sedangkan orang-orang
Parsi lebih gemar mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan. Sebab itu sesetengah
ahli sejarah menulis bahawa bangsa Parsi telah menyokong meralihan takhta
kerajaan Abasiyyah dari tangan Umayyah, kerana segelintir pemimpin kerajaan
Umayyah melakukan diskriminasi tehadap bangsa Parsi.
Walau apapun yang dicatat oleh sejarah (sama ada betul ataupun
tidak), kita tidak mampu untuk menafikan kekuatan ilmu dan kepandaian bangsa
Parsi dalam tamadun peradaban manusia.
Bangsa
Perang dan Ahli Strategi
Tidak dinafikan, bangsa Parsi adalah bangsa yang suka berperang
dan dikenali dengan bangsa penakluk. Parsi telah memulakan tradisi
penaklukannya sejak sebelum kedatangan Islam lagi, iaitu ketika bermulanya
empayar Achaemenid di bawah pemerintahan Cyrus The Great dan juga Darius of
Persia. Empayar ini memperluaskan kuasa hingga menakluki Sungai Indus dan
sekitar Eropah.
Setelah itu empayar Parsi melalui era Hellenistik, Parthian dan
Sassanid, hinggalah ditakluki oleh kerajaan Islam Umayyah (650-1037 M). Bangsa
Parsi diIslamkan dan kerana penaklukan Umayyah ini bangsa Parsi begitu tidak
selesa dengan kerajaan Umayyah atas nama diskriminasi bangsa. Corak pemerintahan
kerajaan Umayyah sedikit sebanyak dipengaruhi corak pemerintahan orang-orang
Parsi dan pemerintahan Byzantium.
Ketika ini Bahasa Arab menjadi lingua franca dan Agama Islam
bertapak menggantikan kepercayaan Zoroastrianism. Kerana itulah munculnya para
intelektual Parsi yang mahir dalam bahasa Arab dan beragama Islam.
Peralihan kuasa kerajaan Abasiyyah menyaksikan bangsa Parsi
memainkan peranan penting dalam bidang pentadbiran. Sehinggakan kota Damascus
yang menjadi pentadbiran kerajaan Umayyah, ditukar ke Baghdad pada zaman
pemerintahan Bani Abasiyyah. Kerajaan Uthmaniyah berlalu sehinggalah diakhiri
dengan pemerintahan Shah ketika mana berlakunya Revolusi Iran (1979-1988),
dimana pemerintahan boneka Amerika, iaitu oleh Shah Reza Pahlavi digulingkan
oleh Parti Islam yang dipimpin Ayatullah Khomeini.
Anda juga jangan terlepas pandang dengan sejarah Rasullullah
s.a.w di dalam perang Khandak. Siapa lagi yang memulakan taktik perang berparit
kalau bukan dari idea perang orang-orang Parsi yang dicadangkan oleh sahabat
Salman al-Farisi r.a (al-Farisi adalah gelaran para sahabat pada Salman yang
berbangsa Parsi). Sehingga Nabi s.a.w menerima cadangannya, dan Allah
mengurniakan kemenangan untuk ummat Islam ketika itu bersebab dari kebijaksaan
yang dikurniakan pada bangsa Parsi ini.
Jelas orang-orang Parsi ini kehidupan mereka penuh dengan
strategi perang dan penaklukan. Bukan masanya untuk mendewa-dewakan Syi’ah yang
rata-ratanya berbangsa Parsi, tetapi mereka ini adalah sebahagian ahli qiblat
yang tidak patut untuk kita kafirkan, dan mereka mempunyai peranan yang begitu
penting dan signifikan dalam perjuangan Islam.
Dan ingatan ikhlas untuk kongkang putih, jangan terlalu ghairah
menjatuhkan musuh satu persatu, takut-takut nanti dahan yang dicapai tak dapat,
jatuh tersungkur disebabkan tersilap langkah. Inilah dia sejarah dan kekuatan
bangsa Parsi yang istimewa yang perlu kita ketahui. Mereka sudah memberi tag
dalam sejarah Islam sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu pula bagaimana?…
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.