Bayi
Mati di rumah pengasuh 3
Bayi hilang ditemui dalam peti ais pengasuh
GOMBAK - Bayi lelaki berusia
lima bulan yang sebelum ini dilapor hilang selepas didakwa diambil
seorang lelaki menyamar sebagai bapanya, ditemui mati di rumah pengasuhnya di
Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.
Mayat mangsa, Adam Rayqal
Mohd Sufi ditemui dalam bahagian atas peti ais dua pintu di rumah pengasuh
tersebut kira-kira jam 11 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak,
Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat ditemui disorokkan dalam
bahagian sejuk beku.
Memetik kenyataannya dalam
laman portal berita, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dibalut dengan
kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.
Mangsa ditemui anggota polis
yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
"Mayat bayi ditemui
selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan.
"Polis kemudian membawa
pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu
disimpan," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah
menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36
tahun.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital
Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Terdahulu, orang ramai
dikejutkan dengan penularan berita kehilangan seorang bayi lelaki berusia tiga
bulan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya
di Taman Nakhoda, Batu Caves dekat sini, petang semalam.
Kehilangan bayi bernama Adam Rayqal
Mohd Sufi Naeif itu disedari ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, selepas
dihubungi pengasuh memaklumkan anaknya sudah diambil suaminya, Mohd Sufi Naeif
Mohd Pauzi, 28.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.