Sejarah Yang Digelapkan, Christopher Columbus
Perpustakaan Kongres (Library of Congress) di Washington DC ada
menyimpan sebuah 'khazanah tersembunyi Islam' yang mana ianya adalah sebuah
perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku
Indian, pada tahun 1787. Di perpustakaan tersebut - akan ditemukan tanda tangan
Kepala Suku Cherokee ketikaitu AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi
perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan
keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku
cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, anda akan ditemui
cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat manakala kaum lelakinya
memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.
Cara berpakaian ini dapat ditemui dalam gambar atau lukisan suku
Cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir
Cherokee sebelum akhirnya benar-benar pupus dari benua Amerika adalah seorang
Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.
Berbicara berkenaan suku Cherokee, tidak boleh terlepas dari
suku Sequoyah. Sequoyah adalah orang asli suku Cherokee yang berpendidikan dan
menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah sebuah
aksara. Jika sekarang kita mengenali abjad A sampai Z, maka suku Cherokee
memiliki aksara mereka sendiri.
Yang membuatkannya sangat luar biasa adalah aksara yang
dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan,
beberapa tulisan masyarakat Cherokee abad ke-7 yang ditemui terpahat pada
batu-batuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” dalam bahasa
Arab.
Nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa
Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga pada Anasazi,
Apache, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan,
Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua suku Indian juga
mengenakan penutup kepala khas orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa,
Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux,
Winnebago, dan Yuchi. Ia ditunjukkan pada gambar-gambar antara tahun 1835 dan
1870.
Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya
Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak terjangkau oleh pancaindera.
Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk
memuja dan menyembah-Nya. Seperti kenyataaan oleh seorang Ketua Suku Ohiyesa
:”In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of
prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”. Bukankah Al-Qur’an
juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk
beribadah pada Allah.
Bagaimana Ketua Suku Indian Cheeroke Boleh Menjadi Seorang
Muslim?
Semangat orang-orang Islam dan Cina ketika itu untuk mengenali
lebih jauh tentang dunia tempat tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh,
mencari jalur perdagangan baru dan tentu saja memperluaskan dakwah Islam telah
mendorong beberapa pemberani di antara mereka untuk melintasi wilayah yang
masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka pada ketika itu.
Beberapa nama masih lagi sangat tersohor sehingga kini bahkan
hampir semua orang pernah mendengarnya -- sebut sahaja Cheng Ho dan Ibnu
Batutta, namun beberapa nama lagi hampir tidak terdengar dan hanya tercatat di
dalam buku-buku akademik.
Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan Muslim yang
mencatatkan perjalanan ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al
Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166),
Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta
(meninggal tahun 1369).
Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi
(871 – 957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang pengembara muslim dari
Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi.
Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and
Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah
Andalusia, Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad
berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik,
hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan
kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.
Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan
di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga
menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang antara lainnya memuatkan bahan-bahan
sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.
Dr. Youssef Mroueh turut menulis, bahawa selama pemerintahan
Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayyah, tercatat adanya
orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di
Sepanyol ke Barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, Lautan
Atlantik. Mereka kembali dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehi
dari tanah asing.
Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn
Umar Al-Gutiyya bahwa pada masa pemerintahan Khalifah Andalusia, Hisham II
(976-1009) seorang pengembara dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat
meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan
Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulauan Canary).
Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian
melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan
Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.
Perlayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maroko dicatatkan juga
oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya
berlepas dari Tarfay di Maroko pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286
– 1307) raja ke-enam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di
Laut Karibia pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak
dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota
di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua
Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 –
1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama. Timbuktu yang kini
telah dilupakan, dahulunya adalah merupakan sebuah pusat peradaban,
perpustakaan dan keilmuan yang maju di benua Afrika. Ekpedisi perjalanan darat
dan laut banyak dilakukan orang menuju ke Timbuktu atau bermulal dari Timbuktu.
Sultan yang tercatat mengembara benua hingga ke benua baru saat
itu ialah Sultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan
Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan
Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.
Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan
utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para
pengembara ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika
diabadikan dalam peta berwarna Piri Re’is yang dibuat tahun 1513, dan
dipersembahkan kepada Raja Uthmaniah, Sultan Selim I tahun 1517. Peta ini
menunjukkan belahan bumi bahagian barat, Amerika Selatan dan bahkan benua
Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brazil secara cukup tepat.
Bukti lainnya adalah, Christopher
Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Karibia)
adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Dia faham bahawa orang-orang Islam telah
berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami
Karibia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin
menguasai dan memperbudakkan rakyat Amerika. Orang-Orang Islam datang untuk
berdagang dan bahkan beberapa orang daripada mereka menikahi orang-orang
pribumi.
Seterusnya, Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam
pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba melihat sebuah masjid (berdiri di
atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Hingga ini sisa-sisa
runtuhan masjid telah ditemui di Kuba, Mexico, Texas dan Nevada.
Dan tahukah anda? 2 orang nakhoda kapal yang dipimpin oleh
Columbus, kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu dua
bersaudara Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga
dari Sultan Maroko Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD:
Christopher Columbus, New York 1950]
Dan mengapa hanya Columbus sahaja yang hingga kini dikenali sebagai
penemu benua Amerika? Kerana ketika terjadi pengusiran 300 000 orang Yahudi
dari Sepanyol oleh Raja Ferdinand yang beragama Kristian, orang-orang Yahudi
kemudiannya telah mengumpul (membiayai) dana untuk pelayaran Columbus dan
berita ‘penemuan benua Amerika’ telah dikirim pertama kali oleh Christopher
Columbus kepada kawan-kawannya yang merupakan orang Yahudi di Sepanyol.
Pelayaran Columbus ini nampak sangat demi hanya mengejar
kemahsyuran dan diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan ‘pesanan
penaja Columbus’ iaitu orang Yahudi Sepanyol. Sehingga kini media massa mahupun
ahli akademik dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh Yahudi terus-menerus
mengguna pakai 'berita penemuan benua Amerika' oleh Columbus.
Maka tampaknya ada ketidakjujuran dalam menulis fakta sejarah
berkenaan penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi
yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropah menjejakkan
kaki ke benua Amerika.
Dan tahukah anda? Sebenarnya laksamana Cheng Ho adalah penemu
benua Amerika lebih awal iaitu sekitar 70 tahun sebelum Columbus.
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di tanah
Amerika, Laksamana Cheng Ho sudah terlebih dahulu datang ke sana. Para peserta
seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London tidak lama
dulu telah mengalami kejutan besar dek kerana pendedahan seorang krew kapal
selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya dan lantas mendapat
perhatian besar.
Menzies yang tampil dengan penuh keyakinan - menjelaskan
teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur asal China, Laksamana
Cheng Ho. Bersama bukti-bukti yang ditemuinya dari catatan sejarah, dia lantas
membuat kesimpulan bahawa pelaut serta pengembara ulung dari Dinasti Ming itu
adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.
Bahkan menurutnya, Cheng Ho ‘mengalahkan’ Columbus dengan jarak
(perbezaan) waktu sekitar 70 tahun. Apa yang dikemukakan Menzies tentu membuat
kekecohan kerana masyarakat dunia selama ini mengetahui bahawa Columbus lah
penemu benua Amerika pada sekitar abad ke-15. Pendedahan Menzies ini dikuatkan
dengan sejumlah bukti sejarah.
Beliau menunjukkan sebuah peta yang dilakar sebelum Columbus
memulakan ekspedisinya, lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta
astronomi milik Cheng Ho yang disandarkan sebagai bahan bukti. Menzies sangat
yakin selepas beliau meneliti ketepatan dan kesahihan bahan-bahan bersejarah
tersebut.
Cherokee Syllabary ”Laksamana inilah yang sepatutnya dinobatkan
sebagai penemu pertama benua Amerika,” ujarnya. Menzies melakukan kajian selama
lebih dari 14 tahun. Ini termasuk penelitian peta-peta kuno, bukti artifak dan
juga penggunaan teknologi astronomi moden seperti melalui program software
Starry Night.
Dari bukti-bukti tersebut, kata kunci yang boleh mengubah
sejarah ini, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan
penjelajahan Cina kuno bersumberkan pada masa pelayaran Laksamana Cheng Ho.
Penjelajahannya sehingga merangkaui benua Amerika telah
mengambil masa antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Cheng Ho
berlayar menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Huraian astronomi pelayaran Cheng Ho menyebut, pada
larut malam ketika terlihat bintang selatan sekitar tanggal 18 Mac 1421,
lokasinya di hujung selatan benua Amerika Selatan. Kata kunci ini
kemudiannya dibina semula dengan menggunakan software Starry Night dengan
membandingkan peta pelayaran Cheng Ho.
“Saya memprogram Starry Night hingga masa di tahun 1421 serta
bagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,” jelas
Menzies yang juga merupakan seorang ahli pelayaran dan bekas komanden kapal selam
angkatan laut British. Daripada bukti ini, beliau akhirnya menemukan dua lokasi
berbeza daripada pelayaran ini berdasarkan catatan astronomi (bintang)
ekspedisi Cheng Ho.
Telah terjadi pergerakan pada bintang-bintang ini, sesuai
putaran serta orientasi bumi di angkasa. Akibat putaran bumi yang kurang
sempurna membuatkan paksi bumi seolah-olah mengukir lingkaran di angkasa setiap
26 ribu tahun. Fenomena ini, yang disebut ketepatan, berarti tiap titik kutub
membidik bintang berbeza selama waktu berjalan. Menzies menggunakan software
untuk membina kedudukan bintang-bintang seperti pada masa tahun 1421.
“Kita sudah memiliki peta bintang China kuno namun masih
memerlukan penanggalan petanya,” kata Menzies. Ketika sedang pening memikirkan
masalah ini, tiba-tiba beliau menemui kata kuncinya.
“Dengan kemujuran luar biasa, salah satu dari tujuan yang mereka
lalui, yakni antara Sumatra dan Dondra Head, Srilanka, mengarah ke barat.”
Bahagian dari pelayaran tersebut sebenarnya sangat dekat dengan
garisan khatulistiwa di Lautan Hindi.
Adapun Polaris, sang bintang utara, dan bintang selatan Canopus,
yang dekat dengan lintang kutub selatan, tercantum dalam peta. “Dari situ, kita
berjaya menentukan arah dan kedudukan Polaris. Sehinggalah kita boleh
memastikan masa daripada peta itu iaitu tahun 1421, lebih dan mkurang 30
tahun.”
Sequoyah Atas penemuan tersebut, Phillip Sadler, iaitu pakar
pelayaran dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, mengatakan
perkiraan dengan menggunakan peta kuno berdasarkan posisi bintang amatlah
dimungkinkan (berkemungkinan tepat). Dia juga bersetuju bahawa anggaran waktu
30 tahun, seperti dalam pandangan Menzies, juga masuk akal.
Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Cheng Ho sebagai
penjelajah ulung. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat
dayaYunan, pada tahun 1371.
Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada etnik
minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama
Islam.
Ayah dan datuk Cheng Ho diketahui pernah membuat perjalanan
menunaikan haji ke Tanah Suci Makkah. Sementara Cheng Ho sendiri membesarr
dengan banyak mengadakan pengembaraan ke banyak wilayah. Beliau adalah seorang
Muslim yang taat.
Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa
Mongol, yang sudah ada jauh sebelum masa dinasti Ming. Pada saat pasukan Ming
menguasai Yunan tahun 1382, Cheng Ho turut ditawan dan dibawa ke Nanjing.
Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.
Cheng Ho pun dijadikan sebagai pembantu putera
mahkota yang kemudiannya menjadi Maharaja bernama Yong Le. Maharaja inilah yang
memberi nama Cheng Ho hingga akhirnya beliau menjadi salah seorang panglima
laut termashyur di dunia.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.