Sejarah Sultan Soleh India yang digelapkan
Kenapa Dunia Menggelapkan Sejarah Raja Soleh
Ini
Aurangzeb, namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang
prejudis dengan Islam. Kita mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang
diajar disekolah-sekolah. Kata para orientalis dan kebanyakan sejarawan dunia,
beliau adalah tokoh yang kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak.
Disebabkan itu, kebanyakan kita menjadi salah seorang dari ribuan
orang yang menyanjungi Akbar The Great, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam
Dinasti Mughal di India.
Akbar tidak patut disanjung seperti yang dicatitkan oleh
orientalis-orientalis Barat. Sifat timbang rasa, lembut dan pemaafnya tidak
kena pada tempat.
Malah Akbar adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam
dengan mengadakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam
negaranya.
Kemungkaran terbesar yang dibuat Akbar ialah mencipta agama Din ilahi,
iaitu agama campuran antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam.
Beliau juga terlalu memberi muka kepada penentang Islam dengan menarik
semula pembayaran Jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat
memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat
menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani.
Beliau juga mujahid yang tidak teragak-agak mengangkat senjata bila
keadaan memerlukan. Sembahyang dan puasanya banyak. Beliau mengharamkan
kembali peminuman arak, nyanyi-nyanyian, tarian dan gundik yang telah
bermaharajalela dalam istana Dinasti Mughal.
Fikiran dan firasat Aurangzeb sangat tajam dan ini telah dibuktikan
dengan beberapa peristiwa. Satu ketika, peperangan telah meletus antara
tentera Islam Dinasti Mughal dengan kerajaan Hindu Mahrata di dalam negara
India.
Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana
tentera-tentera musuh telah menggunakan sihir. Senjata yang mereka
gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada
benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah
dibunuh oleh tentera musuh. Ternyata tentera Islam tidak dapat mengatasi sihir
yang dilakukan oleh tentera musuh.
Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika
tidak segera dikalahkan, ini akan memusnahkan kerajaan Islam Mughal dan ini
sudah tentu akan membahayakan semua umat Islam di India.
Tetapi bagaimana caranya? Bagaimana dan apakah yang harus dibuat
untuk menghadapi tentera musuh yang menggunakan kekuatan sihir ini? Aurangzeb
adalah seorang raja yang sangat soleh. Beliau yakin dengan bantuan Allah dalam
menghadapi apa juga keadaan. Dikumpulnya semua tentera Islam dan tiap-tiap
senjata yang hendak dibawa bertempur, digantungnya sehelai kain yang
bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tiada siapa yang
dibenarnya membuka kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendindingnya.
Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal
kepada Allah.
Mereka pun berjaya. Apabila tamat perang, Aurangzeb memerintahkan
tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada pada senjat, alangkah
terkejutnya mereka bila tulisan yang ada pada kain itu hanya perkataan:
Bismillah!
Satu tindakan yang berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa
pemerintahannya ialah mengharamkan muzik.
Segala bentuk hiburan selain daripada zikir, selawat dan lagu-lagu memuji
Allah dilarang keras.
Tentunya menimbulkan kejutan yang amat sangat dikalangan
pemuzik-pemuzik negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan
mendapat tempat yang istimewa di hati pemerintah-pemerintah sebelumnya.
Namun bagi Aurangzeb yang tegas berpegang pada syariat, segala bentuk
yang haram tetap haram walau disukai ramai.
Malah pada muzik membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal
kepada cinta masyuk yang diharamkan oleh Islam.
Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada
ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik
(Allah).”
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas
dikalangan pemuzik-pemuzik dam mereka yang bersimpati dengannya.
Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu.
Untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar
dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi
menegakkan hukum Allah.
Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan demontrasi besar-besaran.
Untuk itu mereka telah membuat sesuatu keranda yang besar untuk dibawakan dalam
perarakan. Dalam keranda itu mereka isikan segala alat-alat muzik milik mereka.
Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan pemuzik-pemuzik
di dalam negara India ketika itu sungguh banyak.
Pada hari yang ditetapkan, beraraklah mereka beramai-ramai. Sambil
berarak meraka menangis tersedu-sedu. Tangisan ini bergema diseluruh negara
menghasilkan satu suasana yang sangat pilu dan dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya
tangisan itu adalah untuk mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib
pemuzik-pemuzik. Keranda besar itu turut di usung beramai-ramai sehinggalah
perarakan itu melalui hadapan rumah Aurangzeb.
Mendengar suara tangisan yang mendayu-dayu itu, Aurangzeb pun
bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?” Orang pun memberi penjelasan
bahawa itulah perarakan ahli-ahli muzik.
Aurangzeb pun berkata, “Kata kan kepada ahli-ahli muzik itu,
cepat-cepatlah mereka kebumikannya kerana aku dan rakyatku tidak tahan lagi bau
bangkainya!” Jawapan ini sangat tepat dan tegas.
Ahli-ahli muzik yang mengharap simpati dari Aurangzeb kecewa dan
sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb,
beliau sedar itulah cara untuk menyelamatkan rakyatnya dari dosa dan balasan
neraka di akhirat nanti.
Aurangzeb sedar bahawa dialah yang akan ditanya dipadang Masyhar nanti
terhadap apa yang dilakukan pada rakyatnya. Biarlah pahit kerana pahit itu
selalunya ubat. Beliau selalu menangis apabila mendengar nasihat dari
alim-ulama.
Aurangzeb juga sangat serius bila mendengar tarbiyah daripada
ulama-ulama tasawuf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering
berpuasa sunat.
Walaupun istana kerajaan Mughal indah dan mewah, Aurangzeb hanya ada
di situ apabila menjalankan tugas-tugas rasmi. Rumahnya yang sebenar ialah
rumah kecil yang sederhana.
Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659
hingga 1707. Dalam menegakkan satu kerajaan yang kukuh ia tidak teragak-agak
untuk bertindak demi menegakkan hukum-hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan
dengan saudara-saudaranya.
Pada beliau, pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan
saudaranya ialah ialah siapa sahaja yang kuat berpegang pada hukum Allah.
Dalam masa pemerintahannya juga, beliau terpaksa berhadapan dengan
pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah
terdahulu.
Dengan tegasnya beliau telah menukar nama kota Benares kepada
Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai khutbah putih
dengan menaranya menjulang tinggi ke langit.
Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahan Aurangzeb bila hasil
pendapatan negara meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa
pemerintahan Akbar.
Inilah antara usaha untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan
umat Islam dari zaman ke zaman.
Kita telah diracuni oleh sejarah tulisan para orientalis yang
mengagungkan Akbar dan Shah Jehan.
Sedangkan Akbar dan Shah Jehan berdualah sebenarnya penguasa yang
telah mengecualikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
Sedangkan pada kita Aurangzeb yang dituduh kejam itulah sebenarnya
mujahid yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Aurangzeb merupakan raja yang keras dalam pemerintahannya namun dalam
Islam adakalanya memerlukan orang-orang keras supaya Islam dapat ditegakkan.
Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina
Umar Al-Farouq yang terkenal tegas itu serta Umar ibn Abdul Aziz yang terkenal
dgn kewarakannya.
Dan mereka inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati
kehendak Allah melalui firman-Nya: “Muhammad Rasulullah dan orang-orang
besertanya, sangat keras dengan orang-orang kafir dan amat berkasih-sayang
sesama mereka(umat Islam).” Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh
Aurangzeb dengan kata-katanya, “Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta
pada agama semata-mata!”
Jasa-jasa Raja Aurangzeb
1. Menyatupadukan kembali seluruh daerah yang sudah lemah.
2. Empayar Moghul mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di
India.
3. Menghapuskan saki baki ajaran Din-I-Ilahi yang diteruskan oleh Dara
Shikuh.
4. Mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Islam kerana
dasar-dasarnya hendak mengukuh dan menegakkan Islam, hingga timbul anggapan
terhadapnya sebagai 'Wali Keramat'.
5. Mengadakan satu jabatan khusus untuk mengawal akhlak kaum
muslimin.
6. Mengharamkan judi, arak dan sebagainya serta masjid-masjid dibina
dan diperbaiki tempat-tempat ibadat
7. Mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada kerajaan-kerajaan
Islam lain, dan mendapat penghormatan sebagai pengganti Bani Abbasiyyah.
8. Menyusun Fatwa-I-Alamgiri (mazhab Hanafi) yang diilhamkan dari
Syeikh Ahmad
Anda boleh lihat link-link yang saya sertakan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Kerajaan India serta dunia memburukkan nama Aurangzeb hanya sebab dasar agama Islam yang dibawanya.
Sememangnya inilah tujuan para orientalis yang bersekongkol dengan
musuh Islam mahukan.
Nama pemimpin soleh yang dapat mengubah dunia seboleh-bolehnya
disampahkan dan digelapkan agar tidak dikenali dunia terutamanya dunia Islam
itu sendiri.
The 27 Year War That Changed Course Of Indian History Military:
Aurangzeb Ancient Indian Weaponry Aurangzeb’s rule and his treatment of the
Hindus
Sesungguhnya sejarah itu dapat mengubah dunia, disebabkan itulah kita
harus mengkaji dan membersihkan sejarah-sejarah Islam yang sengaja digelapkan
oleh musuh-musuh agama Allah.
Jika para sejarawan menyatakan seseorang individu itu jahat, maka
seluruh dunia juga akan mengatakan begitu.
Itulah taktik puak-puak kuffar terutamanya yahudi zionis untuk
memburukkan nama Islam di mata dunia.
Sedihnya, orang-orang Islam pula hanya mengangguk-angguk kepala setuju
dengan apa sahaja yang mereka katakan.
Wallahualam.
Semoga Allah Merahmati Abu Mahyuddin Aurangzeb Alamgir.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.