Nama yang disembunyi gelapkan
oleh barat
Aurangzeb, namanya
yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam. Kita
mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar disekolah-sekolah.
Kata para orientalis dan kebanyakan sejarawan dunia, beliau adalah tokoh yang
kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Disebabkan itu, kebanyakan
kita menjadi salah seorang dari ribuan orang yang menyanjungi Akbar The Great,
Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mughal di India.
Akbar tidak patut
disanjung seperti yang dicatitkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat
timbang rasa, lembut dan pemaafnya tidak kena pada tempat. Malah beliau adalah
penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan mengadakan
pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.
Kemungkaran terbesar yang dibuat Akbar ialah
mencipta agama Din ilahi, iaitu agama campuran antara Hindu, Buddha, Kristian
dan Islam.
Beliau juga terlalu
memberi muka kepada penentang Islam dengan menarik semula pembayaran Jizyah
sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sebaliknya, Aurangzeb
adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah
ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan
rohani.
Aurangzeb juga mujahid
yang tidak teragak-agak mengangkat senjata bila keadaan memerlukan.
Sembahyang dan
puasanya banyak. Beliau mengharamkan kembali peminuman arak, nyanyi-nyanyian,
tarian dan gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mughal.
Fikiran dan firasat Aurangzeb
sangat tajam dan ini telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa. Satu ketika,
peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mughal dengan kerajaan
Hindu Mahrata di dalam negara India.
Dalam peperangan itu,
tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh telah menggunakan
sihir.
Senjata yang mereka
gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada
benda-benda lain.
Dengan ini, tentera
Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh. Ternyata
tentera Islam tidak dapat mengatasi sihir yang dilakukan oleh tentera musuh.
Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb.
Kerajaan Mahrata jika
tidak segera dikalahkan, ini akan memusnahkan kerajaan Islam Mughal dan ini
sudah tentu akan membahayakan semua umat Islam di India.
Tetapi bagaimana
caranya? Bagaimana dan apakah yang harus dibuat untuk menghadapi tentera musuh
yang menggunakan kekuatan sihir ini?
Aurangzeb adalah
seorang raja yang sangat soleh. Beliau yakin dengan bantuan Allah dalam
menghadapi apa juga keadaan. Dikumpulnya semua tentera Islam dan tiap-tiap
senjata yang hendak dibawa bertempur, digantungnya sehelai kain yang bertulis.
Tetapi isi tulisan itu
dirahsiakan, dan tiada siapa yang dibenarnya membuka kain yang diikat pada
setiap senjata itu akan menjadi pendindingnya.
Tentera Islam pun
berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah.
Mereka pun berjaya.
Apabila tamat perang, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada
kain yang diikat pada pada senjat, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan
yang ada pada kain itu hanya perkataan: Bismillah!
Satu tindakan yang
berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan
muzik.
Segala bentuk hiburan
selain daripada zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras.
Tentunya menimbulkan
kejutan yang amat sangat dikalangan pemuzik-pemuzik negaranya, kerana selama
ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati
pemerintah-pemerintah sebelumnya.
Namun bagi Aurangzeb
yang tegas berpegang pada syariat, segala bentuk yang haram tetap haram walau
disukai ramai.
Malah pada muzik
membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta masyuk yang
diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW: “Tidak
ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik (Allah).”
Tindakan ini
menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dikalangan pemuzik-pemuzik
dam mereka yang bersimpati dengannya.
Lalu mereka mencari
satu jalan untuk membantah undang-undang itu. Untuk bangun menentang secara
kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang
tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.
Akhirnya mereka
sepakat untuk mengadakan demontrasi besar-besaran. Untuk itu mereka telah
membuat sesuatu keranda yang besar untuk dibawakan dalam perarakan. Dalam
keranda itu mereka isikan segala alat-alat muzik milik mereka. Tentu keranda
itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan pemuzik-pemuzik di
dalam negara India ketika itu sungguh banyak.
Pada hari yang
ditetapkan, beraraklah mereka beramai-ramai. Sambil berarak mereka menangis
tersedu-sedu. Tangisan ini bergema diseluruh negara menghasilkan satu suasana
yang sangat pilu dan dan menusuk jiwa.
Rupa-rupanya tangisan
itu adalah untuk mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib
pemuzik-pemuzik. Keranda besar itu turut di usung beramai-ramai sehinggalah
perarakan itu melalui hadapan rumah Aurangzeb.
Mendengar suara
tangisan yang mendayu-dayu itu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang
berlaku?” Orang pun memberi penjelasan bahawa itulah perarakan ahli-ahli muzik.
Aurangzeb pun berkata,
“Kata kan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah mereka kebumikannya kerana
aku dan rakyatku tidak tahan lagi bau bangkainya!” Jawapan ini sangat tepat dan
tegas.
Ahli-ahli muzik yang
mengharap simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa
Aurangzeb sebenarnya.
Tetapi dalam hati
Aurangzeb, beliau sedar itulah cara untuk menyelamatkan rakyatnya dari dosa dan
balasan neraka di akhirat nanti.
Dia sedar bahawa
dialah yang akan ditanya dipadang Masyhar nanti terhadap apa yang dilakukan
pada rakyatnya. Biarlah pahit kerana pahit itu selalunya ubat.
Beliau selalu menangis
apabila mendengar nasihat dari alim-ulama. Dia juga sangat serius bila
mendengar tarbiyah daripada ulama-ulama tasawuf. Sembahyang tahajudnya banyak,
hidup sederhana dan sering berpuasa sunat.
Walaupun istana kerajaan Mughal indah dan mewah, Aurangzeb hanya ada di situ apabila menjalankan tugas-tugas rasmi.
Rumahnya yang sebenar
ialah rumah kecil yang sederhana.
Aurangzeb memerintah
India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707.
Dalam menegakkan satu
kerajaan yang kukuh ia tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan
hukum-hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya.
Pada beliau, pertalian syahadah melebihi
pertalian darah dan saudaranya ialah ialah siapa sahaja yang kuat berpegang
pada hukum Allah.
Dalam masa
pemerintahannya juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak
yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah terdahulu.
Dengan tegasnya beliau
telah menukar nama kota Benares kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid
besar yang mempunyai khutbah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit.
Berkat melimpah - limpah
semasa pemerintahan Aurangzeb bila hasil pendapatan negara meningkat dengan
tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintahan Akbar. Inilah antara tujuan
penulisan ini dalam usaha membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam
dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni oleh sejarah tulisan para orientalis
yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan.
Sedangkan Akbar dan
Shah Jehan lah sebenarnya penguasa yang telah mengecualikan tanggungjawab
sebagai khalifah Allah.
Sedangkan pada kita
Aurangzeb yang dituduh kejam itulah sebenarnya mujahid yang bertaqwa.
Aurangzeb merupakan
raja yang keras dalam pemerintahannya namun dalam Islam adakalanya memerlukan
orang-orang keras supaya Islam dapat ditegakkan.
Peribadi Aurangzeb
yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al-Farouq yang terkenal
tegas itu serta Umar ibn Abdul Aziz yang terkenal dgn kewarakannya.
Dan mereka inilah
antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati kehendak Allah melalui
firman-Nya: “Muhammad Rasulullah dan orang-orang besertanya, sangat keras
dengan orang-orang kafir dan amat berkasih-sayang sesama mereka(umat Islam).”
Inilah agaknya yang
dimaksudkan oleh Aurangzeb dengan kata-katanya, “Kalaupun aku kejam, adalah
kerana cinta pada agama semata-mata!”
Jasa-jasa Raja
Aurangzeb
1. Menyatupadukan
kembali seluruh daerah yang sudah lemah.
2. Empayar Moghul
mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India.
3. Menghapuskan saki
baki ajaran Din-I-Ilahi yang diteruskan oleh Dara Shikuh.
4. Mendapat sokongan
kuat daripada masyarakat Islam kerana dasar-dasarnya hendak mengukuh dan
menegakkan Islam, hingga timbul anggapan terhadapnya sebagai 'Wali Keramat'.
5. Mengadakan satu
jabatan khusus untuk mengawal akhlak kaum muslimin.
6. Mengharamkan judi,
arak dan sebagainya serta masjid-masjid dibina dan diperbaiki tempat-tempat
ibadat
7. Mendapat
pengiktirafan dan kepercayaan daripada kerajaan-kerajaan Islam lain, dan
mendapat penghormatan sebagai pengganti Bani Abbasiyyah.
8. Menyusun
Fatwa-I-Alamgiri (mazhab Hanafi) yang diilhamkan dari Syeikh Ahmad Al Qur'an
yang ditulis sendiri oleh Aurangzeb Anda boleh lihat link-link yang saya
sertakan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Kerajaan India
serta dunia memburukkan nama Aurangzeb hanya sebab dasar agama Islam yang
dibawanya.
Sememangnya inilah
tujuan para orientalis yang bersekongkol dengan musuh Islam mahukan.
Nama pemimpin soleh
yang dapat mengubah dunia seboleh-bolehnya disembunyikan dan digelapkan agar
tidak dikenali oleh dunia terutamanya dunia Islam itu sendiri.
The 27 Year War That
Changed Course Of Indian History Military: Aurangzeb Ancient Indian Weaponry
Aurangzeb’s rule and his treatment of the Hindus
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.