Sejarah Yang Digelapkan : Islam Di Benua
Amerika
Jika anda melawat Washington DC,
pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian
kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun
1787. Pada
perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama
Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.
Isi perjanjian itu antara lain adalah
mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan
pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam.
Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum
lelaki memakai turban (serban).
Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam
gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832.
Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.
Bercakap tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh
di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan
dan menghidupkan kembali Syllabarysuku mereka pada 1821. Syllabary adalah
seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku
Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.
Yang menariknya adalah aksara yang
dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa
tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada
terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa
Bahasa Arab.
Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi,Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.
Selain itu, beberapa ketua suku Indian juga
mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek,
Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux,
Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun
1835 dan 1870.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.