Total Pageviews

Sunday 1 July 2018

Tips cari taska terbaik, selamat dan sihat.



Tip Cari Taska Terbaik, Selamat, Sihat dan boleh dipercayai.


Antara tips yang boleh dikongsikan bersama yakni anda sebagai ibu bapa yang berhasrat menghantar anak anak anda ke mana mana pusat asuhan taska, anda wajib memastikan taska atau pusat asuhan kanak kanak anda itu:


1. Mempunyai pendaftaran lengkap dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya premis asuhan kanak kanak adalah tidak berdaftar, ini akan menyusahkan anda untuk megambil sebarang tindakan kepada pemilik premis sekiranya berlaku apa apa musibah kepada anak anda di kemudian hari.

2. Pernah dilawati oleh Inspektor Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Nisbah perkadaran antara pengasuh dengan bilangan bayi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Nisbah perkadaran antara kubik meter padu udara dalam premis dengan bilangan kanak kanak dalam premis adalah bersesuaian, setara atau mengikut kehendak ketetapan yang diberikan oleh agensi agensi Kerajaan.

5. Sekurang kurangnya seorang atau dua orang daripada pengasuh dalam pusat asuhan telah dilatih dengan sempurna bagi menghadapi kes kes bayi tersedak susu atau bayi mengalami masalah tersumbat saluran pernafasan akibat bayi tertelan butiran kecil kekacang, pemadam pensil, guli dsbnya.

6. Pemberian makanan bayi tidak menggunakan sudu atau bekas yang sama bagi mengelakkan jangkitan kuman. Sebaliknya pengasuh menggunakan bekas makanan dan sudu yang berlainan bagi setiap bayi yang diberi makan.

7. Premis tidak menggunakan atap atau siling asbestos. Tersedut nafas dengan asbestos fiber boleh menyebabkan kanser paru paru kepada bayi anda selepas 40 tahun pendedahan awal bayi anda terhadap fiber asbestos.

8. Permukaan lantai dalam premis pusat asuhan mesti mempunyai permukaan lantai yang sama rata, kesat (tidak licin) serta cerah.

9. Pengasuh tidak memelihara binatang berbulu seperti arnab, burung, kucing dsbnya bagi mengurangkan kes asthma.

10 . Pengasuh tidak memelihara binatang seperti kura kura yang mungkin mengandungi bakteria pada air liurnya.

11. Pastikan tiada asap rokok di dalam rumah pengasuh.

12 . Pastikan Pusat asuhan anak ada Sijil CF Bomba ( Certificate Fitness )

13. Anda perlu rajin buat pemeriksaan mengejut sendiri bagaimana anak anda dijaga oleh pengasuh. Anda boleh pasang kamera litar tertutup sendiri untuk pantau bagaimana pengasuh melayan anak anda. Anda juga boleh bertanya kepada jiran jiran kepada pengasuh bagaimana sifat karekter peribadi pengasuh anda di mata jiran jirannya lebih lebih lagi semasa ketiadaan anda ! Anda wajib pastikan adakah samada pengasuh tersebut penyayang, rajin dan bertanggungjawab atau dari jenis yang sebaliknya!!! Anda boleh meminta tolong adik anda, saudara anda atau sahabat anda yang pengasuh masih belum kenal mereka untuk menyiasat perkara perkara ini secara mendalam dan terperinci.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.