Total Pageviews

Sunday 1 July 2018

India Tak selamat untuk Wanita



India Tak selamat untuk Wanita







CHANDIGARH - INDIA. Seorang wanita berusia 22 tahun dari Chandigarh mendakwa dinoda 40 lelaki selama empat hari, kata pihak berkuasa.

Dalam satu aduan kepada polis semalam, mangsa yang sudah pun berkahwin mengatakan dia dikurung selama empat hari di sebuah rumah tetamu di Haryana, utara India.

Suami mangsa memberitahu, isterinya dijanjikan pekerjaan sebagai tukang cuci di rumah tetamu berkenaan oleh kenalan mereka.

Menurutnya lagi, isterinya diberi dadah, dinoda ramai lelaki secara bergilir-gilir serta diugut bunuh sekiranya menceritakan insiden tersebut kepada sesiapa.

Sehubungan insiden itu, seorang pemilik rumah tetamu dan pengurusnya kini ditahan.

Sementara itu, pegawai polis kanan, Rajender Kumar Meena berkata, tiga anggota polis bawahan digantung tugas kerana lalai dan gagal memaklumkan kepada pegawai kanan mengenai insiden berkenaan.

Polis Haryana turut menjalankan siasatan terhadap penghuni lain di rumah tetamu itu, bagi memastikan tiada sebarang aktiviti haram berlaku.

Keganasan seks berleluasa di India yang merekodkan 110,333 laporan kes di seluruh negara itu sepanjang tempoh 2014 hingga 2016. - AFP/NDTV






.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.