Total Pageviews

Sunday 1 July 2018

Semua Air Lombong Ada Logam Berat


Semua Air Lombong Ada Logam Berat






Serdang – Setiap air lombong tidak akan terhindar daripada kandungan logam berat, demikian kata Pensyarah Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Faradiella Mohd Kusin.
Justeru beliau berpendapat, adalah sesuatu yang subjektif untuk menentukan air lombong adalah selamat atau tidak.
Menurutnya, ini kerana kandungan logam berat dalam air adalah berbeza di setiap lombong sama ada di lombong yang ditinggalkan atau masih aktif digunakan.
Katanya, bagaimanapun hasil kajian mendapati bahawa lombong yang masih aktif mempunyai kandungan logam berat yang lebih rendah dan ia masih boleh dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna.
“Walaupun di lombong yang masih aktif ada logam berat, jadi apabila air dialirkan ke Sungai Selangor, selepas pemantauan didapati kandungan bahan logam itu semakin berkurangan.
“Sekiranya kita ada banyak lombong misalnya, tidak semestinya kesemua itu mempunyai fizikal kimia yang sama.
“Sebenarnya adalah subjektif untuk kita katakan sama ada air lombong adalah selamat atau tidak, ia boleh jadi selamat atau tidak,” katanya.
Sebelum ini Kerajaan Selangor membuat keputusan menggunakan air lombong bertujuan menambah kuantiti air dalam empangan itu bagi menghadapi musm kemarau akan datang.
Keputusan ini ditentang pelbagai pihak termasuk wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR) sendiri, iaitu Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang risau akan keselamatan yang bakal menjadi risiko kepada rakyat negeri itu.
Selain itu ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar turut menggesa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan kepada umum hasil kajian kualiti air lombong yang diputuskan bersama oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk digunakan.
Mengikut prosedur, Dr Faradeilla , lazimnya air lombong akan dialirkan ke Sungai Selangor sebelum sampai ke loji rawatan air sebelum diagihkan kepada pengguna.
Dalam masa sama, beliau berpendapat air lombong sebagai bekalan air buat masa ini adalah cara yang berpotensi kerana tiada alternatif lain setakat ini yang boleh digunakan.
“Hasil kajian saya mendapati air lombong berpotensi untuk menjadi bekalan air mentah dengan syarat dari segi kualiti selamat digunakan menetapi kriteria yang ditetapkan oleh KKM, tidak masalah untuk digunakan sebagai air alternatif,” jelasnya.





.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.