Total Pageviews

Sunday, 1 July 2018

Manfaatkan air terjun untuk jana elektrik


Manfaatkan air terjun untuk jana elektrik






SAUDARA PENGARANG, BEBERAPA tahun lalu saya berkesempatan melawat kilang membuat turbin untuk stesen janakuasa hidro mini di Bandung, Indonesia. Turbin itu dibuat dalam pelbagai saiz dan akan dipasang di stesen janakuasa yang kebiasaannya dibina di kawasan air terjun.

Dengan ketinggian air terjun sekurang-kurangnya lapan meter, 100 watt arus elektrik dapat dijanakan. Ketinggian air terjun yang lebih daripada itu dapat menjana arus elektrik lebih besar.

Ketika melawat daerah Cihanjuang dan Cimahi, Bandung, saya dapat lihat bagaimana stesen janakuasa hidro mini yang dibina di kawasan air terjun telah menghasilkan arus elektrik mencukupi untuk kegunaan lampu, televisyen dan peralatan bagi mengeringkan hasil pertanian.

Di Malaysia, terdapat banyak air terjun yang mengalir deras dan berterusan. Kenapa sumber alam semula jadi itu tidak dimanfaatkan untuk menjana arus elektrik dan dengan kos tidak terlalu tinggi bagi faedah penduduk pedalaman?

Dengan kos menjana elektrik yang semakin hari semakin naik, langkah mencari alternatif penjanaan yang lebih murah perlu difikirkan.


PROF. MADYA DR. ISMAIL ABDULLAH
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.