Total Pageviews

Sunday, 1 July 2018

Siapa Aurangzeb Siapa Shah Jahan


Siapa Aurangzeb 

Siapa Shah Jahan




Walaupun sakit dan tenat, Aurangzeb memastikan bahawa penduduk tahu dia masih hidup, kerana jika mereka berpendapat bahawa Aurangzeb telah nazak kemungkinan akan tercetusnya peperangan Beliau meninggal dunia di Ahmednagar pada 20 Februari 1707 masihi pada usia 88 tahun. Kubur baginda adalah sederhana dan terbuka iaitu di Khuldabad. Hal ini juga menunjukkan bahawa, pengabdian baginda yang mendalam kepada kepercayaan agama Islam. Kubur baginda terletak di halaman makam wali Sufi Shaikh Burhan-u'd-din Gharib, yang merupakan pengikut Nizamuddin Auliya Delhi. Brown menulis bahawa selepas kematiannya, "rentetan maharaja lemah, peperangan berturut-turut, dan rampasan kuasa oleh bangsawan menandakan empar Moghul semakin lemah ". Terdapat satu reaksi kepada penindasan Aurangzeb iaitu anak Aurangzeb, Bahadur Shah I, menggantikannya, namun tentera dan kualiti kepimpinan Bahadur Shah yang lemah, Empayar Moghul mengalami kemerosotan. 


KESTABILAN EKONOMI EMPAYAR MOGHUL ZAMAN PEMERINTAHAN AURANGZEB PADA TAHUN 1658-1707 MASIHI DI INDIA


OLEH : AZRA ATHIRA ABDUL HUSSIN
PENTAKSIR : PUAN MASNI BINTI HAJI ULLONG



PENDAHULUAN

Muhiuddin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir 1 atau lebih dikenali sebagai Aurangzeb merupakan salah satu sultan yang mampu mempertahankan kejayan Dinasti Moghul.

Aurangzeb juga lebih dikenali sebagai Alamgir iaitu penakluk dunia. Baginda menaiki taktha telah berjaya menyingkirkan bapanya, Shah Jehan pada tahun 1658 masihi.

Semasa pemerintahannya, banyak wilayah di India telah dikuasainya. Baginda merupakan sultan Moghul kedua yang memerintah paling lama selepas moyangnya iaitu Akhbar yang Agung. Baginda juga merupakan sultan ke 6 Empayar Moghul yang memerintah dari tahun 1658 sehingga kematiannya pada tahun 1707. Pemerintahan Aurangzeb di dalam monarki Mughal telah ditandai dengan banyak perang untuk penaklukan Islam.



MENGKAJI LATAR BELAKANG AURANGZEB SECARA LEBIH MENDALAM :

Perampasan Kuasa
Aurangzeb Menaiki Takhta

MENGKAJI STRATEGI AURANGZEB DALAM MENSTABILKAN EKONOMI EMPAYAR MOGHUL
AURANGZEB MENERAPKAN KONSEP ISLAM DALAM CORAK PEMERINTAHANNYA DI INDIA 

OBJEKTIF KAJIAN


Langkah Ke Arah Kestabilan Ekonomi Negara India
Oleh Aurangzeb



Pada tahun 1658 masihi, Shah Jehan telah jatuh sakit. Pada masa inilah puteranya Aurangzeb telah merampas kuasa dan mengurungnya di bandar Agra sehingga kematiannya pada tahun 1666 masihi.

Hal ini kerana, Aurangzeb menyedari masalah besar yang mungkin timbul akibat kelemahan pemerintahan ayahnya.

Aurangzeb iaitu putera Shah Jahan telah ‘mengurung’ ayahnya di Red Fort. Beberapa orientalis telah memutar belitkan tindakan ini dan menuduh tindakan Aurangzeb sebagai kejam.

Hakikatnya, Aurangzeb memberi layanan yang baik terhadap ayahnya dengan menjaga kebajikan dan keselamatannya. 


Apabila datang kembali ke Dekan, beliau menyusun semula pentadbiran dan menyusun sumber pendapatan sehingga Dekan muncul sebagai sebuah wilayah yang kaya raya.

Beliau juga turut menguatkan barisan ketenteraan untuk meluaskan wilayahnya.

Namun, sampailah khabar angin ke telinga Shah Jehan bahawa Aurangzeb mahu mendirikan kerajaan sendiri dan tidak mahu mengiktiraf kerajaan ayahnya.

Fitnah itu dibawa oleh golongan Hindu dari suku Maratha yang tidak berpuas hati dengan penguasaan Aurangzeb di Dekan.

Disebabkan faktor-faktor inilah, Aurangzeb terpaksa ‘mengurung’ ayahnya daripada mendapat apa-apa berita daripada musuh yang mahu memecah-belahkan keluarga mereka.

Sehinggakan, musuh-musuh Aurangzeb menganggap beliau sebagai anak raja yang gila kuasa.


Para pengkaji sejarah kurang melihat kebaikan dan maksud tersembunyi daripada tindakan-tindakan Aurangzeb.

Mereka tidak melihat bagaimana saudara-saudara Aurangzeb yang lain sangat liberal terhadap hal akidah, bidaah dan khurafat yang berleluasa sejak zaman Akhbar Khan.

Bagi Aurangzeb yang berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah 7, segala bentuk bidaah, khurafat termasuk ajaran Syiah dan Deen Ilahi perlu dihapuskan dan penganut Islam perlu kembali ke jalan yang sepatutnya.

Namun, apabila manusia tidak memahami kebenaran, mereka menganggap tindakan Aurangzeb sebagai keras dan zalim.

Padahal, banyak kebaikan Aurangzeb yang digelapkan oleh ahli sejarah Barat.

Mereka lupa, ketika Aurangzeb menjadi gabenor di Dekan, Aurangzeb telah menurunkan kadar cukai yang membebankan rakyat terutama para petani.

Namun, para pemimpin tempatan tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana penurunan cukai akan menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Moghul adalah kerjaan Islam di anak benua India, dengan Delhi sebagai ibu kotanya, berdiri antara tahun 1526 -1858 M.

Kerajaan ini didirikan oleh Zahiruddin Muhammad Babur. Di antara raja-raja Moghul yang membawa kerajaan ini mencapai masa keemasannya adalah Aurangzeb Alamgir yang memerintah dari tahun 1658 – 1707 M. 


Sebenarnya, kejayaan kerajaan Moghul adalah semenjak pemerintahan Raja Akbar, Jehangir, dan Syah Jehan.

Shah Jahan adalah ayah kepada Aurangzeb.

Shah Jehan merupakan sultan Moghul yang memerintah India pada tahun 1628 sehingga 1658 masihi. Beliau juga merupakan penaung kesenian dan reka bentuk bangunan yang terkenal, antara monumen yang hebat yag telah beliau bangunkan adalah Taj Mahal di Agra yang dibina bagi memperingati permaisurinya yang tercinta iaitu Mumtaz Mahal.


Setiap keinginan Shah Jaehan dipenuhi dan Aurangzeb turut menyediakan seorang guru agama bernama Syaikh Muhammad al-Hasani untuk mengajar agama kepada ayahnya.

Di sisi ayahnya juga terdapat adik perempuan Aurangzeb yang setia menjaganya iaitu Jehan Ara.


Tindakan inilah yang disifatkan oleh Prof. Hamka, “Jika berlaku kejam, itu adalah kerana cinta kepada agama semata-mata.” 7 (Sejarah Umat Islam, Prof. Hamka)


Sikap sedemikian tidak sama seperti saudara Aurangzeb yang lain, Aurangzeb bersikap keras terhadap golongan Syiah dan Hindu.

Ketika dilantik menjadi Gabenor di Dekan pada usia 18 tahun, Aurangzeb menunjukkan penentangannya terhadap aliran Syiah yang dianuti oleh kerajaan Bijapur.

Pada zaman itu, terdapat dua buah kerajaan yang tidak mengiktiraf kerajaan Moghul iaitu kerajaan Bijapur dan Golkanda.

Keadaan ini memaksa Aurangzeb menjatuhkan Raja Bijapur.


Namun, disebabkan kebimbangan Shah Jehan terhadap kemarahan Aurangzeb, beliau memecat puteranya Aurangzeb.

Namun, jawatan sebagai gabenor Dekan dikembalikan beberapa tahun selepas itu.




Latar Belakang Aurangzeb ( Aurangzeb Menaiki Takhta)

Aurangzeb telah menaiki takhta menggantikan ayahnya Shah Jehan pada tahun 1658 masihi. Seperti yang telah dikatakan, beliau memakai nama gelaran Alamgir 1 yang bermaksud penakluk dunia.

Ketika itu, Shah Jehan belum meninggal dunia dan masih dalam penjara. Aurangzeb terpaksa mengambil takhta daripada abangnya Dara Shukoh kerana abangnya itu berfahaman dan bersikap liberal dan mahu meneruskan penyelewengan agama yang pernah dilakukan oleh moyang mereka, Akhbar Khan.


Dua orang lagi putera Shah Jehan iaitu Syuja’ dan Murad tidak layak untuk kedudukan tersebut kerana mereka suka untuk berfoya-foya.


Memandangkan para pembesar negara juga tidak menyukai Dara Shukoh, Syuja’ dan Murad maka mereka semua bersepakat untuk melantik Aurangzeb sebagai Maharaja Moghul yang keenam. 


Para ulama juga menyetujui pelantikan tersebut dan mereka menyatakan sokongan secara terang-terangan.

Ketika ayahnya sedang sakit tenat di Delhi, Dara Shukoh sedang bersiap sedia mengambil alih takhta ayahnya. Aurangzeb pula menyiapkan angkatan tentera yang besar untuk memerangi Dara Shukoh.


Dengan sokongan daripada para pembesar, ulama dan rakyat jelata, beliau kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Mughal yang keenam di Agra.

Setelah pengisytiharan tersebut, Aurangzeb terus melancarkan peperangan terhadap ketiga-tiga orang saudaranya satu persatu.


Tidak lama kemudian, Dara Syukoh keluar dari tempat persembunyiannya untuk menentang Aurangzeb.

Walaupun bergabung dengan Gabenor Gujerat, Dara Syukoh tetap dapat dikalahkan oleh Aurangzeb sehingga dia terpaksa dipenjarakan lalu dikenakan hukuman mati.

Dua tahun kemudian, Murad pula melakukan pembunuhan tanpa hak dan Aurangzeb terpaksa menjatuhkan hukuman mati ke atas Murad.



Mulanya, Aurangzeb telah berpakat dengan adik bongsunya Murad untuk mengalahkan Dara Shukoh dalam satu peperangan di Samugarh pada tahun 1658 M.

Dara Syukoh kalah dalam peperangan itu lalu melarikan diri dan bersembunyi sehingga tidak dapat dikesan.

Kemudian, Aurangzeb memenjarakan Murad kerana adiknya itu seorang yang pemabuk dan suka mengikut hawa nafsu.

Kemudian, Aurangzeb meneruskan penentangan terhadap Syuja’ yang juga seorang pemabuk dan suka berfoya-foya.

Maka, berlakulah pertempuran di Khajwah, berhampiran Allahabad pada tahun 1659 M. Setelah dikalahkan, Syuja’ melarikan diri sehingga dikatakan dia lari sampai ke Burma.

Tiada lagi berita mengenainya selepas itu.
Aurangzeb merupakan salah satu sultan yang mampu mempertahankan kejayaan Dinasti Mughal. 


Baginda adalah tokoh yang cekap dan memiliki prestasi tinggi selama memerintah di India.

Masanya dipenuhi dengan beberapa pemberontakan, tetapi beliau berhasil mempertahankan kejayaan Dinasti Moghul.


Baginda mewarisi pemerintahan dari Shah Jehan dalam keadaan ekonomi dan politik yang kurang stabil.

Semasa penerimaan takhtanya pada 1659 M, negara mengalami defisit kas kewangan .

Kemasukan dan pengeluaran tidak seimbang.

Peperangan yang terjadi pada zaman pemerintahan Shah Jehan tidak berjaya dituntaskan, sehingga Negara memerlukan tambahan pembiayaan peralatan perang. 


Keadaan ekonomi Dinasti Moghul secara umum tidak stabil sehingga awal masa pemerintahan Aurangzeb. Keadaan ini telah menuntut Aurangzeb untuk menstabilkan ekonomi negara pada zaman pemerintahannya tersebut.


Antara keupayaan Aurangzeb dalam menstabilkan ekonomi adalah memperbaiki struktur pentadbiran ekonomi, membuat reformasi dan menyempurnakan sistem pendapatan, menetapkan dasar monetari (pengendalian mata wang yang beredar) dan fiskal (menyempurnakan sistem pajak dan mengurangi beban pajak), serta mendorong peningkatan pengeluaran sektor komoditi eksport. 


Kehebatan Aurangzeb yang menonjol adalah dalam bidang ekonomi iaitu mensejahterakan rakyat dengan membebaskannya dari cukai yang tidak selari dengan hukum Islam, dan memberatkan, meskipun sebahagian besar sumber pendapatan negara berasal dari cukai-cukai tersebut.

Usaha ini dimulakan tahun 1659 M, ketika muncul kelaparan akibat kurang hujan dan peperangan yang terus-menerus, tetapi Sultan Aurangzeb berjaya menjaga kestabilan ekonomi negara.


Baginda Aurangzeb menghapuskan sekitar lapan puluh cukai yang tidak berperikemanusiaan, seperti rahdari (cukai pengangkutan) dan padari (cukai ke atas sewa tanah dalam berdagang yang diperoleh dari peniaga, tukang, dan barang tenun).

Cukai lainnya yang dihapuskan Aurangzeb adalah charai (tanah penggembalaan), tuwa‟an (cukai yang diperoleh dari perayaan agama Hindu), dan jatra (cukai ke atas rumah judi dan sebagainya). 




Strategi Aurangzeb Dalam Menstabilkan Ekonomi Semasa Zaman Pemerintahannya


Aurangzeb Menerapkan Konsep Islam Dalam Corak Pemerintahannya

Empayar Mughal memerintah kebanyakan kawasan di India sekaligus menjadi penguasan kawasan antara kawasan-kawasan yang paling kaya di dunia pada ketika itu. 

Ayah kepada Aurangzeb adalah Shah Jahan, insan yang membina Taj Mahal di Agra, India. Ayah beliau menyediakan ulama dan guru terbaik untuk Aurangzeb sebagai persediaan mengambil tampuk pemerintahan kelak.

Ketika beliau masih muda lagi, Aurangzeb sudah mahir dan lancar membaca Al-Quran, mahir dalam ilmu hadis dan disiplin ilmu sains yang lain.

Baginda Aurangzeb juga terkenal sebagai ulat buku kerana mampu membaca dalam bahasa Arab, Parsi, dan Turki.


Ketika tampuk pemerintahan Mughal diserahkan kepada beliau selepas kematian Shah Jahan,

antara tumpuan beliau adalah penerapan sistem pemerintahan Islam yang sebenar.

Ini kerana dari datuknya iaitu Akbar dan ayahnya Shah Jahan, masih mencampur adukkan sistem Islam dengan sistem pemerintahan yang bertentangan dengan Islam.

Bahkan, Aurangzeb sendiri tidak bersetuju dengan dengan tindakan ayah beliau sendiri Shah Jahan yang membina Taj Mahal, iaitu makam kepada isterinya merangkap ibu kepada Aurangzeb sendiri iaitu Mumtaz Mahal.

Membina binaan diatas kubur apatah lagi membazir dan mewah adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagi memastikan pemerintahan beliau, Aurangzeb selari dengan ajaran Islam.

Beliau menjemput ratusan ulama terkenal dari serata dunia datang ke India, berbincang dan menulis satu buku panduan pemerintahan yang akhirnya lahirlah kitab Fatawa-e-Alamgiri yang juga dikenali sebagai Fatawa al-Hindiya yang selepas itu dikenali oleh kebanyakan muslim sebagai kitab rujukan bagi Mazhab Hanafi. 


Mengunakan Fatawa-e-Alamgiri sebagai dasar pemerintahan, Aurangzeb telah menghapuskan arak, judi, dan pelacuran.

Ada cukai yang selama ini menjadi hasil buat negara namun bertentang dengan Islam, telah dihapuskan.

Bagi menampung kekurangan hasil negara kerana penghapusan cukai, Aurangzeb mengamalkan cara hidup yang sederhana.

Adat istiadat raja yang bermewahan dihapuskan seperti majlis muzik tarian dan sambutan hari lahir telah dihapuskan oleh beliau.


" Kejayaaan tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain , tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri. "




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.