Mayat bayi dalam peti
sejuk rumah pengasuh
GOMBAK:
Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang sebelum ini dilaporkan hilang
selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah pengasuhnya di
Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.
Ketua
Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui
disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu, kira-kira jam 11 malam
tadi.
Katanya,
mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta
disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian
siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
"Mayat
Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan
dalam keterangan pengasuhnya.
"Polis
kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi
mayat bayi itu disimpan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di
Kampung Nakhoda, sebentar tadi.
Ali
berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya,
pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya
yang berusia 36 tahun.
"Mayat
bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,"
katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.