Total Pageviews

Sunday 1 July 2018

Semak Dasar Perhutanan Negara


Semak Dasar Perhutanan Negara








SAUDARA PENGARANG, SAHABAT Alam Malaysia (SAM) gembira dengan usaha terkini kerajaan untuk menyemak semula Dasar Perhutanan Negara 1992 (NFP 1992).

Dasar berkenaan wajar diteliti dan dikemas kini selaras dengan cabaran semasa dan komitmen antarabangsa yang perlu dipenuhi oleh kerajaan Malaysia.

Antara komitmen itu adalah untuk mengekalkan 50 peratus daripada 33 juta hektar tanah di negara ini di bawah liputan hutan.

Ini bermakna, keluasan litupan hutan semula jadi negara akan dikekalkan pada keluasan 16.5 juta hektar. Keluasan itu turut melibatkan kawasan yang dikelaskan sebagai hutan pengeluaran yang dilaksanakan aktiviti pembalakan mengikut sistem pengurusan hutan lestari.

Bagaimanapun, perlu disedari bahawa NFP 1992 tidak menyentuh langsung mengenai komitmen terbabit. Oleh itu, sudah sampai masanya komitmen berkenaan dimasukkan dalam NFP terbaharu.


S.M. MOHAMED IDRIS
Presiden SAM






.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.