Total Pageviews

Sunday, 1 July 2018

Negara India paling bahaya bagi wanita


Negara India paling berbahaya bagi wanita









LONDON - ENGLAND. India muncul negara paling berbahaya bagi wanita di dunia kerana berisiko tinggi terhadap keganasan seksual dan dipaksa bekerja tanpa gaji, menurut tinjauan pakar global yang dikeluarkan pada Selasa.

Afghanistan dan Syria menduduki tempat kedua dan ketiga dalam kajian Thomson Reuters Foundation oleh 550 pakar mengenai isu-isu wanita, diikuti oleh Somalia dan Arab Saudi.

Satu-satunya negara Barat dalam senarai 10 teratas adalah Amerika Syarikat, yang berkongsi kedudukan tempat ketiga, ketika responden ditanya negara paling berisiko buat wanita.

Pungutan suara itu adalah pengulangan tinjauan pada tahun 2011 yang menyaksikan Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Pakistan, India, dan Somalia sebagai negara yang paling berbahaya bagi wanita.

Pakar-pakar berkata, India berada di posisi teratas kerana tiada langkah konkrit untuk menangani bahaya dihadapi oleh wanita, selepas insiden rogol dan bunuh seorang pelajar di New Delhi yang menggemparkan masyarakat global lebih lima tahun lalu.

"India telah menunjukkan sikap tidak senonoh dan tidak menghormati wanita ...rogol, serangan seksual, pembunuhan bayi perempuan telah berlarutan," kata Manjunath Gangadhara, seorang pegawai kerajaan Karnataka.

Data kerajaan menunjukkan kes jenayah yang dilaporkan terhadap wanita meningkat sebanyak 83 peratus antara 2007 dan 2016, apabila terdapat empat kes rogol dilaporkan setiap jam.

Tinjauan itu menyoal lima responden dari 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Responden juga menilai negara India paling berbahaya bagi wanita dari segi pemerdagangan manusia, termasuk perhambaan seks dan perhambaan domestik, perkahwinan paksa, pembunuhan dan pembunuhan bayi perempuan. - NDTV






.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.