Total Pageviews

Tuesday 1 January 2019

Restoran halal hotel sedia daging babi



Restoran halal sedia menu berasas daging babi

 

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/restoran-halal-sedia-menu-berasas-daging-babi-1.816038

 

 

IPOH 4 Jan. - Sijil pengesahan halal restoran di tingkat bawah sebuah hotel di Taiping ditarik balik untuk tindakan lanjut selepas didapati menyediakan menu berasaskan daging babi.


Perkara itu dikesan dalam Operasi bersepadu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Taiping, semalam.


Hasil pemeriksaan mendapati hotel berkenaan telah melanggar syarat-syarat pensijilan halal di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014 menerusi perkara 4.8 (XV) iaitu permohonan yang tidak layak memohon ialah hotel yang mempunyai dapur menyediakan menu berasaskan babi.


Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd. Yusop Husin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menasihatkan setiap pemegang sijil halal mematuhi peraturan yang ditetapkan. - UTUSAN ONLINE


 

Restoran hotel saji daging babi

 







.
.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.