Total Pageviews

Wednesday 2 January 2019

Mati lepas makan salad tercemar bakteria






Satu maut akibat makan salad romaine



LOS ANGELES: Seorang maut selepas memakan salad romaine yang dicemari bakteria Escherichia coli (E.coli) di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat tidak mendedahkan identiti mangsa berkenaan yang dipercayai tinggal di California.
Namun, CDC mengesahkan wabak bakteria E.coli sudah menjangkiti 121 mangsa di seluruh negara itu.
Pegawai kesihatan di California berkata, 24 mangsa disahkan sakit akibat E.coli di negeri itu, termasuk mangsa yang meninggal dunia.
"Berikutan undang-undang kerahsiaan pesakit, kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut mengenainya," kata Jabatan Kesihatan Awam dalam satu kenyataan.
Bulan lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengambil langkah drastik apabila meminta orang ramai supaya membuang semua salad romaine yang dibeli dan tidak memakannya, kecuali mereka yakin ia bukan dari Yuma, Arizona, iaitu pengeluar salad romaine terbesar di negara itu, terutama ketika musim sejuk.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca wabak berkenaan, tetapi sebuah ladang di Arizona sudah dikaitkan dengan penularan wabak itu, manakala puluhan lagi ladang masih dalam siasatan. - AFP




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.